A Minecraft Movie merupakan sebuah filem komedi pengembaraan arahan Jared Hess, diadaptasi daripada permainan video legenda ‘Minecraft’.

Penceritaan berkisar empat watak utama: Garrett “Si Lelaki Sampah” (Jason Momoa), Henry (Sebastian Hansen), Natalie (Emma Myers), dan Dawn (Danielle Brooks) yang secara tidak sengaja tersedut ke alam kubik ‘Overworld’ menerusi portal misteri.
Plot bermula sebaik Steve (Jack Black) mengenang kembali obsesinya terhadap aktiviti perlombongan sejak kecil. Setelah melangkah ke usia dewasa, Steve mulai bosan dek terperangkap dalam alam pekerjaan hariannya.

Sebermula, dia berjaya masuk ke dalam sebuah gua namun tidak semena-mena tersedut ke dalam sebuah portal yang membawanya ke dunia ‘Overworld’ Minecraft yang penuh dengan kreativiti.
Jalan cerita kemudian beralih kepada dua adik-beradik, Henry dan Natalie yang baru berpindah ke sebuah bandar kecil di Midwest selepas kehilangan ibu mereka, di bawah jagaan Ms.Dawn.

Seperti ditakdirkan, seorang legenda permainan tahun 80an iaitu Garret “The Garbageman” Garrison juga tinggal di bandar itu dan menjadi sahabat kepada Henry.
Tidak lama kemudian, keempat-empat mereka menemui satu kuib magik yang membawa mereka ke portal ‘Overworld’.

Sewaktu berada di Overworld, mereka secara tidak sengaja memecahkan kuib magik tersebut yang merupakan satu-satunya cara untuk mereka pulang.
Persoalannya, adakah mereka mampu bertahan di dunia ‘Overworld’ dan mencari jalan pulang?
Selain itu, bagaimana mereka berganding bahu bersama Steve untuk melawan anasir jahat di Overworld? Untuk tahu jawapannya, anda haruslah tonton filem ini.



Jack Black yang memegang watak utama telah membawa elemen komedi yang bersahaja ditambah pula serta lakonan berkualiti, Jason Momoa pula telah menambah babak-babak karisma dalam aksi filem ini.
Elemen paling menarik dalam filem ini adalah visualnya yang mengagumkan dengan suasana warna-warni dengan digabungkan dengan tampilan CGI dunia Minecraft.

Watak-watak animasi ditampilkan dengan reka bentuk yang agak realistik tetapi mengekalkan nilai estetika permainan.
Bagi peminat permainan Minecraft, filem ini membawa anda untuk melihat dunia Minecraft dalam perspektif baharu.
Jalan ceritanya, walaupun pada awal agak mendatar, Pengarah dengan bijak telah menyentuh tema universal seperti kreativiti, penerokaan dan semangat kerjasama.

Filem ini disasarkan kepada ahli keluarga dan juga peminat Minecraft, boleh dikatakan filem ini berjaya mengimbangi segala unsur komedi, aksi dan juga nilai moral untuk semua peringkat umur.
Secara keseluruhan, ‘A Minecraft movie’ menawarkan suatu pengembaraan baharu, segar dan menarik kepada peminat Minecraft.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini di pawagam GSC, Velvet atau Aurum Theatre berhampiran dengan anda.
Skala: 6.2/10 (62%)