in ,

Majoriti Pengguna iPhone Tukar Kaca Bajaan Sekurang-kurangnya Sekali Setahun

Kaca bajaan atau tempered glass bukanlah satu syarat wajib untuk pengguna iPhone, namun ia kini sudah menjadi “aksesori wajib”.

Dalam satu undian yang saya jalankan di platform X melibatkan 2,186 warga maya selama 24 jam, sebanyak 59% responden menyatakan bahawa mereka sering menukar kaca bajaan dalam tempoh satu hingga dua kali dalam setahun.

Terdapat pelbagai jenis pelindung skrin di pasaran antaranya, kaca bajaan, polietilena tereftalat (PET), Poliuretana Termoplastik (TPU), hinggalah ke bentuk cecair nano.

Walau bagaimanapun, kaca bajaan boleh dianggap paling sesuai digunakan atas faktor mudah dipasang, tidak mudah gelembung, sentuhan lebih lancar, rasa premium dan lain-lain.

Kaca bajaan mempunyai pelbagai variasi antaranya kaca bajaan jenis biasa, anti-silau,privasi, anti-bakteria, penapis cahaya biru dan lain-lain.

Aksesori ini boleh dibeli serendah RM5 hinggalah ratusan ringgit. Kendatipun begitu, saya kurang galakkan anda menggunakan kaca bajaan jenis privasi.

Kebiasaannya, kaca bajaan jenis ini perlu ditingkatkan kecerahan (brightness) untuk memudahkan penglihatan di skrin, ini menyebabkan penggunaan kuasa bateri yang tinggi.

Lagi artikel di ifon.my  Video Konsep iPhone XS

Natijahnya, ketahanan bateri akan lebih rendah dari kebiasaan.Pemakaian kaca bajaan sekurang-kurangnya dapat meminimumkan masalah skrin pecah atau calar.

Kos untuk menggantikan satu skrin iPhone menelan belanja sehingga RM2,199 bergantung kepada jenis iPhone.

Berdasarkan undian juga, 15% warga maya didapati tidak memakai kaca bajaan dan lebih suka membiarkan ia tanpa sebarang perlindungan.

Walaupun skrin iPhone terkini mendukung “Ceramic Shield” yang diperbuat daripada campuran kaca serta kristal nano seramik yang sangat kuat.

Kaca tetap kaca, tak kira iPhone anda jatuh dari aras rendah atau tinggi, kabarangkalian untuk pecah adalah tinggi. Secara dasarnya, Apple tidak mengeluarkan kaca bajaan mereka sendiri.

Namun, mereka turut menawarkan aksesori ini di laman jualan Apple Malaysia, sekali gus memberikan satu isyarat jelas bahawasanya kaca bajaan antara aksesori yang harus dimiliki.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone X Ibarat iPhone 2G & iPad Generasi Pertama

Tidak menjadi masalah untuk anda mengekalkan kaca bajaan sehingga bertahun lamanya tanpa diganti, asalkan mampu untuk menjaganya.

Berbeza dengan kabel Lighting yang memerlukan pelesenan MFI. Aksesori seperti kaca bajaan tidak memerlukan pelesenan asalkan anda yakin akan kualiti ditawarkan.

Sesetengah pengguna, sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk sebuah kaca bajaan. Sejujurnya, jika kaca bajaan tersebut berkualiti, sepadan dengan harga dan berkemampuan, tidak menjadi satu masalah untuk membelinya.

Saya tidak akan mencadangkan kaca bajaan yang sesuai, namun banyak jenama yang berkualiti seperti Belkin, Whitestone, Spigen dan lain-lain. Apple tidak menjamin sekiranya skrin iPhone pecah atau calar, kecuali anda pengguna Apple Care+ yang tertakluk kepada terma dan syarat khusus.

Intihanya, menukar kaca bajaan sekali atau dua kali setahun bukanlah satu pembaziran, tetapi pelaburan kecil yang boleh mengelakkan kerugian besar. Jadi kalau kaca bajaan anda mula merekah, mungkin sudah tiba masanya untuk tukar yang baru.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ulasan Video Siar (Podcast) Keluang Man – Temu Bual Istimewa Bersama Pengarah dan Pelakon