in

Buka Kotak iQOO Neo 10

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman buka kotak iQOO Neo 10, sebuah telefon pintar keluaran iQOO Malaysia.

Bagi yang belum mengenali jenama ini, iQOO merupakan sub-jenama kepada vivo yang memfokuskan kepada prestasi tinggi dengan harga yang berpatutan.

Jenama ini direka khas untuk pengguna tegar, terutamanya peminat permainan mudah alih, yang mahukan prestasi lancar serta ketahanan bateri yang baik.

Sebaik sahaja kotak dibuka, kelihatan iQOO Neo 10 dengan siaz 6.8-inci,cip Snapdragon 8s Gen 4 berasaskan teknologi 4nm, kadar segar semula 144Hz, RAM sebesar 12GB, storan dalaman 512GB, kamera utama utama 50MP dan 8MP ultra-lebar, kamera hadapan 32MP, serta bateri berkapasiti besar 7,000mAh.

Turut disertakan dalam kotak ialah sarung pelindung lembut yang selesa untuk dipegang, kabel pengecasan USB-C, pencabut SIM dan alat suai kuasa kilat 120W yang mampu mengecas peranti dari 0% hingga 50% hanya 15 minit.

Lagi artikel di ifon.my  iQOO Neo 10 Dijangka Tiba Di Malaysia

Menarik tentang iQOO, ia masih mengekalkan alat suai kuasa (power adapter) dan selongsong dalam kotak pembelian.

Dalam pasaran telefon pintar hari ini, banyak jenama besar mula mengurangkan aksesori dalam kotak, ada yang tidak lagi sertakan alat suai kuasa , dan ada juga yang tidak beri selongsong atau kedua-duanya. Ini biasanya dilakukan atas alasan mesra alam atau untuk mengurangkan kos.

Namun, iQOO mengambil pendekatan berbeza. Mereka faham bahawa ramai pengguna masih memerlukan aksesori berkenaan tanpa memerlukan kos tambahan untuk membelinya.

Selain itu, strategi ini juga menunjukkan komitmen iQOO benar-benar mengutamakan pengalaman pengguna, menjadikan iQOO kelihatan lebih berbaloi dan mesra pengguna, terutamanya bagi mereka yang mahukan prestasi hebat tanpa kompromi.

Pendek kata, dengan mengekalkan aksesori tersebut dalam kotak, iQOO bukan saja menawarkan produk juga menawarkan pengalaman pengguna yang lengkap dan memuaskan.

Lagi artikel di ifon.my  vivo Malaysia Melancarkan Siri iQOO Z9 5G

Pada 30 Mei yang lalu, saya berpeluang mencuba sendiri peranti ini di Asia Hunt di SplashMania dalam satu acara yang dianjurkan oleh iQOO Malaysia.

Sepanjang sesi tersebut, saya menguji peranti ini dari pelbagai aspek termasuk prestasi, ketahanan bateri, penarafan IP, kamera, dan beberapa fungsi lain.Secara ringkas, model ini berjaya memenuhi keperluan pengguna masa kini, terutamanya dari segi ketahanan bateri.

Sepanjang berada di taman tema dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang, penggunaan bateri hanya menurun sekitar 21% sahaja walaupun pelbagai tugasan berat telah saya jalankan sepanjang hari menggunakan peranti ini.

iQOO Neo 10 kini sudah berada di pasaran Malaysia pada harga RM1,999 ( 12GB+256GB) dan RM2,199 (16GB +512GB). Nantikan ulasan penuh iQOO Neo 10 tidak lama lagi.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apa perlu anda tahu tentang iOS 26 Beta?

Malaysia Kini Tersenarai Dalam Ciri Peta Baharu Untuk iOS 26