Bayangkan satu malam yang dipenuhi bunyi besi bertemu api, aroma daging panggang segar memenuhi ruang, dan derai tawa para pelanggan yang terpukau melihat aksi chef yang lincah di hadapan mereka.

Itulah pengalaman unik yang kini ditawarkan oleh Benihana Malaysia, cawangan pertama restoran teppanyaki bertaraf antarabangsa yang baru dibuka secara rasmi di tingkat 4 Suria KLCC, Kuala Lumpur pada 8 Mei 2025.
Kehadiran Benihana di Malaysia ibarat membuka lembaran baharu dalam dunia kulinari tempatan. Bukan sekadar tempat makan, Benihana menyajikan pengalaman di mana aksi memasak menjadi persembahan dan setiap hidangan menjadi babak yang meninggalkan kesan.

Chef di sini bukan calang-calang. Dengan gerakan tangan yang pantas dan penuh gaya, mereka menyediakan hidangan secara langsung di depan mata anda.
Setiap hirisan, setiap percikan api dan setiap senyuman mereka adalah sebahagian daripada “pentas makan malam” yang cukup menghiburkan.

Benihana Malaysia tampil dengan konsep makan yang dipertingkatkan. Ruang makan utama dinamik menawarkan tempat duduk terhad betul-betul di hadapan stesen teppanyaki, memberikan anda akses barisan hadapan kepada aksi yang mendebarkan.Menu turut menampilkan pelbagai jenis hidangan Jepun moden dan berani, dengan rasa memukau serta penyediaan penuh teliti.



Bagi mereka yang mahukan suasana lebih privasi, tersedia juga bilik makan eksklusif untuk acara istimewa, sama ada ulang tahun, pertemuan keluarga atau makan malam korporat.
Benihana Malaysia menggabungkan elemen tradisi Jepun dengan sentuhan moden elegan. Dinding batu semula jadi, pencahayaan hangat dan kemasan mewah memberikan suasana yang cukup selesa, namun masih penuh gaya.

Di tengah ruang, stesen teppanyaki menjadi tumpuan tempat di mana makanan, hiburan dan interaksi pelanggan bersatu dalam keharmonian.Untuk yang ingin menikmati hidangan dengan lebih santai, ruang makan utama juga menyediakan tempat duduk yang selesa, sesuai untuk menikmati pelbagai pilihan menu dalam suasana yang mesra dan menyenangkan.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi terkini dan sorotan di sebalik tabir, anda boleh mengikuti mereka di Facebook dan Instagram melalui akaun @BenihanaMalaysia.
Benihana Malaysia bukan sekadar pembukaan restoran baharu ia adalah sebuah persembahan seni masakan. Sama ada anda pencinta makanan Jepun atau penggemar pengalaman makan yang luar biasa, Benihana adalah destinasi yang wajib anda cuba.