in

HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025): Tablet Andalan Profesional Dengan Pengalaman Setaraf Komputer Peribadi

KUALA LUMPUR, 18 JUN 2025 – Huawei Consumer Business Group (CBG) Malaysia secara rasmi memperkenalkan HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025), model terkini dalam siri tablet andalan.

Direka khas untuk golongan profesional, pereka, dan pencipta kandungan, tablet ini membawa pengalaman penggunaan setaraf komputer peribadi (PC), lengkap dengan prestasi hebat dan ciri pintar yang sesuai untuk kerja dan kreativiti.

Berbeza daripada tablet biasa, HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) membawa definisi baharu terhadap konsep mobiliti dan produktiviti.

Dilengkapi dengan papan kekunci boleh tanggal dan stylus (HUAWEI M-Pencil 3rd Gen), tablet ini memberi kebebasan kepada pengguna untuk bekerja, melakar idea, atau mengadakan mesyuarat maya, semuanya boleh dilakukan sambil berada di luar pejabat.

Lagi artikel di ifon.my  Huawei Menyindir Apple Dan Samsung Berhubung Pengurangan Prestasi Telefon Pintar

Tablet ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan gaya kerja masa kini yang semakin fleksibel dan berorientasikan pengalaman.

HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) menggabungkan kuasa sebuah komputer peribadi menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang mengutamakan kelancaran bagi urusan kerja, hiburan, serta gaya hidup.

Melalui ciri Smart Multi-Window dan App Multiplier, pengguna boleh membuka beberapa aplikasi serentak atau melihat dua versi aplikasi yang sama sesuai untuk menyemak dokumen sambil menaip atau menghadiri mesyuarat sambil membuat rujukan.

Ciri baharu Live-Multitask pula membolehkan sehingga tiga aplikasi dijalankan serentak dengan susun atur jubin yang boleh dilaras mengikut keperluan.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Astro Originals Hadirkan ‘Honey Trap’ Kisah Perisik Wanita dalam Dunia Politik yang Sarat Emosi dan Aksi