in ,

Astro Umum Musim Baharu Kilauan Emas 2025, Tampil Lebih Segar dan Inklusif

Kuala Lumpur, 5 Ogos 2025 – Astro terus memperkukuh komitmennya dalam mencungkil serta mengangkat bakat tempatan menerusi penganjuran musim baharu program realiti nyanyian popular, Kilauan Emas 2025, yang bakal mula bersiaran pada 16 Ogos ini, setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105).

Selepas kejayaan penganjuran semula pada tahun 2024, musim terbaharu ini tampil dengan pembaharuan strategik termasuk penurunan had umur penyertaan kepada 43 tahun) memberi peluang lebih luas kepada bakat baharu dalam kalangan generasi ‘otai’.

Format program turut ditambah baik dengan penglibatan juri awam terdiri daripada wartawan serta pelanggan setia Astro, selain pendekatan penceritaan yang lebih menyentuh emosi.

Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Prima, “Musim ini menyaksikan penambahbaikan ketara dari segi kriteria penyertaan dan format produksi. Kami amat berbesar hati dengan sambutan hangat yang diterima.

Kilauan Emas bukan sekadar hiburan, ia merupakan platform yang menyatukan rakyat Malaysia melalui muzik, budaya dan impian bersama.

Lagi artikel di ifon.my  Raise The Star Malaysia : 10 Peserta Tersingkir, 20 Bakal Berentap di Minggu Kedua

”Tambahnya lagi, “Kami teruja melihat penyertaan daripada individu yang datang daripada latar belakang keluarga seni. Ia membuktikan semangat dalam bidang seni sentiasa hidup dan diwarisi dari generasi ke generasi. Setiap peserta hadir dengan kisah yang unik, dan Kilauan Emas kekal menjadi pentas untuk mereka membina keyakinan dan mengejar impian.”

Musim ini menyaksikan 12 peserta solo berumur antara 43 hingga 65 tahun berentap untuk merebut gelaran juara. Mereka ialah Zanie, Shah, Nurul, Kinar, Mazleen, Majid, Leeza, Ben, Ezan, Zekrai, Nawary dan Vijay, masing-masing membawa identiti, kekuatan dan keunikan tersendiri.

Program ini akan dihoskan oleh Elly Mazlein sebagai hos utama, dibantu oleh Joey Daud selaku pengacara belakang pentas serta hos Diari Kilauan Emas.

Erra Fazira kekal sebagai juri tetap bersama Roy Azman, manakala Ning Baizura menyertai musim ini sebagai juri baharu. Zarul Husin pula akan mengacarakan Spotlight Kilauan Emas yang memaparkan info menarik selepas konsert berlangsung, bersiaran pada 11.30 malam di Astro Prima.

Lagi artikel di ifon.my  RAISE THE STAR MALAYSIA: 14 Peserta Berentap di Suku Akhir Minggu Keenam Bertemakan Unbeatable

Turut serta ialah Keanu Azman dan Sarah Karmila sebagai hos Live+.

Seperti musim lalu, pemarkahan peserta adalah berdasarkan:

70% daripada juri profesional

20% daripada juri awam (penonton undangan)

10% daripada undian penonton di rumah

Juara Kilauan Emas 2025 akan membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi eksklusif daripada Astro.

Penonton boleh mengundi peserta kegemaran mereka secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.

Uji bakat yang diadakan sepanjang Mei dan Jun lalu di Miri, Johor dan Shah Alam menerima sambutan luar biasa dengan lebih 500 penyertaan daripada pelbagai latar belakang.

Selain vokal, peserta turut menampilkan bakat dalam lakonan dan tarian, menyerlahkan kepelbagaian kreativiti yang dibawa.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Raise The Star Malaysia: Zuana Menang Gempak Star on Fire, Semua 10 Peserta Mara ke Peringkat Akhir