in

Suria KLCC Perjelaskan Isu Tular

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan interaksi antara pengawal keselamatan Suria KLCC dan seorang pengunjung di pintu masuk pusat beli-belah tersebut.

Pihak pengurusan Suria KLCC memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku apabila pengunjung berkenaan diminta untuk tidak membawa masuk sebatang kayu panjang.

Menurut mereka, larangan tersebut adalah sebahagian daripada prosedur keselamatan yang telah lama dilaksanakan. Ia bertujuan mengelakkan sebarang risiko keselamatan serta memastikan keselesaan semua pengunjung.

Suria KLCC turut menegaskan bahawa langkah keselamatan ini dikenakan kepada semua pengunjung tanpa mengira latar belakang, dan sama sekali tidak berkait dengan sebarang isu politik.

Pihak pengurusan menambah, keselamatan serta kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Lagi artikel di ifon.my  Suria KLCC Menyambut Kemeriahan Hari Raya Melalui Keindahan Istana Maghribi

Mereka juga menghargai kerjasama orang ramai dalam usaha mengekalkan suasana pusat beli-belah yang selamat, teratur dan selesa untuk semua.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

eufy Omni E25 : Robot Vacum Lantai Rumah