Kuala Lumpur, 1 Oktober 2025 – vivo Malaysia memperkenalkan vivo V60 Lite 5G, model terbaru dalam siri V yang tampil dengan rekaan bergaya serta pengalaman hiburan yang lebih menyeronokkan.
Dengan slogan “Non-Stop Fun with The Toughest Lite Around”, telefon pintar ini menampilkan rekaan menarik, sistem audio bertenaga serta ketahanan yang mantap, sesuai dengan gaya hidup moden yang sentiasa aktif.
vivo V60 Lite 5G bukan sekadar sebuah telefon, tetapi simbol gaya hidup. Ia hadir dengan kemasan Pop Pink yang ceria, melambangkan semangat muda, optimis dan penuh tenaga. Efek berkilau pada tona merah jambu menambah sentuhan unik, seakan “pink magic” yang menceriakan suasana.

Direka untuk mereka yang suka menonjolkan identiti, V60 Lite 5G disempurnakan dengan modul kamera lutsinar yang moden dan elegan gabungan antara gaya santai dan sentuhan premium.
Hiburan terasa lebih hidup melalui paparan AMOLED 6.77 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan pensijilan HDR10+. Sama ada menonton siri kegemaran di Netflix HDR atau filem terkini di Amazon Prime Video HDR, visual yang dipaparkan lebih terang, jelas dan bertenaga. Dengan nisbah skrin-ke-badan 94.2%, setiap tontonan dan permainan terasa lebih mengasyikkan.


Menggabungkan gaya dan ketahanan, vivo V60 Lite 5G hadir dengan SGS Five-Star Drop Resistance serta pensijilan gred tentera. Dilengkapi kaca perlindungan khas dan struktur dalaman berlapis, ia mampu menahan hentakan dan jatuhan tidak dijangka.
Telefon ini juga kalis habuk serta mampu beroperasi walaupun selepas 12 jam terkena hujan lebat. Fungsi tambahan seperti One-Tap Water Ejection dan One-Tap Dust Ejection memastikan peranti kekal bersih serta responsif walaupun tangan basah atau berminyak.
Bukan sekadar visual, sistem audio dikuasakan pembesar suara stereo berkembar yang memberi boost bunyi sehingga 400%. Sama ada bermain permainan, mendengar muzik di luar atau menonton filem, bunyi yang dihasilkan lebih lantang, jelas dan penuh dimensi menjadikan pengalaman seharian lebih menghiburkan.
Bermula 3 Oktober 2025, pelanggan boleh membuat pra-tempahan vivo V60 Lite 5G dan menikmati set hadiah eksklusif bernilai hingga RM1199.