in , ,

iPad Pro Baharu Dijangka Tiba Pada Musim Bunga 2027

Selepas menerima cip M5 pada tahun lalu, Apple dilaporkan sedang membangunkan generasi baharu iPad Pro yang dijangka diperkenalkan sekitar musim bunga 2027.

Menariknya, kemas kini kali ini dikatakan lebih memfokuskan kepada peningkatan prestasi dalaman berbanding perubahan dari segi rekaan.

Menurut laporan, Apple akan terus menawarkan dua pilihan saiz iaitu 11 inci dan 13 inci. Rekaan keseluruhan dijangka dikekalkan, namun model baharu ini bakal menerima cip Apple generasi seterusnya yang dipercayai sebagai M6.

Selain itu, Apple juga dikatakan sedang menguji sistem penyejukan vapor chamber yang mampu mengurangkan masalah pemanasan dan mengekalkan prestasi tinggi ketika menjalankan tugasan berat atau permainan.

Kendatipun begitu, pengguna yang mengharapkan rekaan serba baharu mungkin perlu menunggu lebih lama.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Jalankan Pengumpulan Data Peta Apple Menerusi Sistem Pejalan Kaki (Beg Galas) di Malaysia

Selepas Apple memperkenalkan reka bentuk lebih nipis bersama paparan OLED pada iPad Pro sebelum ini, syarikat itu dilihat memilih untuk memanjangkan jangka hayat rekaan sedia ada sambil memberi tumpuan kepada peningkatan kuasa pemprosesan dan kecekapan.

Walakin begitu, strategi ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Apple sememangnya sering mengekalkan reka bentuk sesebuah produk selama beberapa tahun sebelum memperkenalkan perubahan yang lebih ketara.

Dalam tempoh tersebut, peningkatan biasanya tertumpu kepada cip pemproses, keupayaan grafik, kecerdasan buatan serta kecekapan tenaga.

Hatta, sekiranya laporan ini tepat, iPad Pro 2027 bakal menjadi pilihan menarik bagi pengguna profesional yang mahukan prestasi lebih tinggi tanpa perlu mengorbankan pengalaman penggunaan yang sudah terbukti mantap.

Lagi artikel di ifon.my  Tim Cook Menyalahkan Program Penggantian Bateri Penyebab Kemerosotan Jualan iPhone

Bagi pengguna iPad Pro M5 pula, tiada sebab yang benar-benar mendesak untuk menaik taraf sekiranya Apple hanya menawarkan peningkatan spesifikasi dalaman tanpa sebarang perubahan besar pada reka bentuk atau paparan.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Hide My Email Apple Didakwa Masih Mempunyai Kelemahan Walaupun Pembaikan Telah Dilaksanakan

Counterpoint: iPhone Lipat (iPhone Ultra) Dijangka Ubah Landskap Telefon Pintar Boleh Lipat