Isu berkaitan rangkaian 4G dan LTE pada telefon pintar sering menjadi bualan ramai. Ada dikalangan pengguna menganggap 4G dan LTE adalah sama. Namun adakah benar?
Jawapannya adalah TIDAK, 4G dan LTE adalah berbeza dan kita sering tersalah anggap berhubung kedua-dua rangkaian ini.
Umum mengetahui bahawa rangkaian telekomunikasi telah berkembang pesat dari generasi pertama hinggalah ke generasi ketiga (3G).
Rangkaian 3G hakikatnya telah memenuhi kriteria sesebuah telefon pintar. Melalui rangkaian 3G pengguna dapat mengakses internet, video serta muzik secara penstriman dengan lebih pantas.
Walau bagaimanapun, rangkaian 3G masih belum cukup untuk memenuhi semua keperluan terkini yang semakin berkembang pesat. Oleh yang demikian maka bermulalah era 4G.
4G atau rangkaian generasi keempat ini merupakan satu teknologi yang masih baru di pasaran.
International Telecommunication Union (ITU-R) yang merupakan badan bertanggungjawab dalam perkara ini telah meletakkan standard khusus bagi 4G.
Pihak ITU-R telah menggariskan satu syarat yang mana rangkaian 4G harus mempunyai kelajuan sekurang-kurangnya 100 megabit sesaat dalam waktu puncak dan 1 gigabit sesaat dalam waktu biasa.
Namun adakah rangkaian 4G di Malaysia mencapai standard tersebut? Tentu tidak bukan?
Maka LTE atau nama panjangnya Long Term Evolution diperkenalkan. Ini bermakna sekiranya sesuatu rangkaian melepasi standard 3G namun ia belum mencapai standard 4G ia dipanggil sebagai 4G LTE.
Hakikatnya penggunaan 4G tidak harus digunakan memandangkan ia tidak melepasi syarat. Namun atas dasar strategi pemasaran kebanyakan syarikat telekomunikasi akan menggunakan istilah LTE, 4G dan 4G LTE.
Ini bermakna sekiranya rangkaian 4G terpapar pada telefon pintar anda. Ia bukanlah 4G sebenar, hakikatnya ia hanyalah LTE sahaja.
Setakat ini agak sukar untuk mencari syarikat telekomunikasi yang mampu mencapai standard 4G yang digazetkan oleh pihak ITU-R.
Konklusinya, rangkaian telekomunikasi di Malaysia masih belum mempunyai infrastruktur untuk memberikan perkhidmatan rangkaian 4G yang asli.
Kesemua rangkaian yang ada hanya mampu memberikan perkhidmatan LTE sahaja disebabkan ia tidak melepasi standard yang ditetapkan.
SEKADAR PANDANGAN