in ,

Apple Memulakan Program Penukaran Logic Board Bagi iPhone 8 Secara PERCUMA.

iphone8plus_family-1
iPhone 8

Apple hari ini telah memulakan program penukaran logic board bagi iPhone 8 yang mengalami masalah restart, freezing dan unresponsive .

Berdasarkan kenyataan Apple, terdapat sejumlah kecil iPhone 8 mengalami masalah ini dan akan ditawarkan untuk pembaikan secara PERCUMA.

Kebanyakan iPhone 8 yang terkesan dari masalah ini adalah dari pengeluaran pada September 2017 hingga Mac 2018.

Antara model yang terlibat termasuklah dari China, Hong Kong,India, Jepun,Macau, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Bagi memudahkan anda untuk menyemak sama ada layak atau tidak, anda boleh membuat semakan di pautan Semak Kelayakan.

Apple dalam satu kenyataan menegaskan bahawa kelayakan ini hanya terhad pada negara yang mengeluarkan model ini atau sekitarnya.

Pihak Apple juga memohon anda untuk membuat back-up terlebih dahulu sebelum menghantar ke Pusat Servis Apple yang sah.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 2018 Kemungkinan Tidak Akan Menyokong Apple Pensil

Berdasarkan kenyataan Apple ini, saya tidak dapat mengesahkan sama ada pengguna Malaysia yang membeli set import di negara yang terlibat layak dalam program ini.

Oleh itu saya menasihatkan anda supaya berhubung dengan pihak Apple Malaysia bagi mendapatkan jawapan lebih lanjut.

SEKADAR PANDANGAN

Sumber: cultofmac.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Mengapa Apple Sering Gunakan Rekaan iPhone Yang Sama?

Adakah 4G dan LTE Sama?