in ,

iOS 11 Sistem Operasi Paling Bermasalah Dalam Sejarah iOS.

iOS 11 pertama kali diperkenalkan adalah pada 3 Jun 2017 semasa World Wide Developers Conference (WWDC) di mana versi BETA telah dilepaskan serentak pada hari pertama acara ini berlangsung.

Bagi versi Public BETA pula, pihak Apple telah melepaskan kepada pengguna pada 20 September 2017. iOS 11 boleh dikatakan padat dengan pelbagai ciri-ciri baharu termasuklah mereka bentuk paparan antara muka bagi Control Center.

i_Phone-_X-_Control-_Center

Paparan Antara Muka Baharu Pada Control Center iOS 11

Walaupun iOS 11 hadir dengan pelbagai penambahbaikan yang menarik, ia juga tidak lari dengan pelbagai masalah sepanjang tempoh hampir 12 bulan.

Jika dilihat dari segi kronologi, iOS 11 telah menerima kemaskini sebanyak 15 kali yang mana iOS 11.4.1 merupakan versi terakhir.

Sekiranya anda pernah membaca penulisan saya sebelum ini, telah banyak kritikan telah saya lontarkan berhubung kestabilan sistem operasi ini. Saya juga telah menganggap iOS 11 sebagai The Buggiest iOS Release Ever

Bagi mengukuhkan lagi pandangan ini, berikut merupakan jumlah kemaskini yang diterima pada setiap iOS yang releven untuk dinilai.

iOS 11 – Jumlah kemaskini 15 kali

iOS 10 – Jumlah kemaskini 11 kali

iOS 9 – Jumlah kemaskini 11 kali

iOS 8 – Jumlah kemaskini 10 kali

iOS 7 – Jumlah kemaskini 9 kali

Jika dilihat dari segi jumlah kemaskini, hanya iOS 11 satu-satunya versi yang menerima jumlah kemaskini tertinggi dalam semua versi iOS.

Saya mengakui bahawa semakin kerap sistem operasi itu menerima kemaskini, semakin selamat ia digunakan. Secara kebiasaannya juga setiap kali kemaskini dilepaskan, pengguna akan dapat merasai ciri-ciri baharu.

Namun adakah iOS 11 seperti yang dihajati?

Jika dilihat secara kronologi, kemaskini iOS 11 hanya lebih menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna iPhone semata-mata.

Masalah ini bukan hanya tertumpu kepada pengguna iPhone 7, iPhone 7 Plus ke bawah. Malah ia turut berlaku pada iPhone model terkini.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12.1.2 Public Beta Sedia Untuk Dikemaskini

Berikut senarai kronologi bagi setiap kemaskini bagi iOS 11.

iOS 11.0.1

Dilepaskan pada 27 September 2017
Menyelesaikan masalah e-mel dan lain-lain

iOS 11.0.2

Dilepaskan pada 04 Oktober 2017
Menyelesaikan masalah crackling earpiece pada iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

iOS 11.0.3

Dilepaskan pada 12 Oktober 2017
Menyelesaikan masalah audio dan haptic feedback pada iPhone 7 dan 7 Plus, dan masalah penggunaan skrin tiruan pada iPhone 6S.

iOS 11.1

Dilepaskan pada 01 November 2017
Menyelesaikan masalah keselamatan pada sambungan WIFI.

iOS 11.1.1

Dilepaskan pada 10 November 2017
Menyelesaikan masalah autocorrect pada keyboard dan fungsi Hey SIRI yang tidak berfungsi.

iOS 11.1.2

Dilepaskan pada 17 November 2017
Menyelesaikan masalah pada skrin pada iPhone X yang gagal berfungsi sekiranya berada dalam suhu sejuk terlampau.

iOS 11.2

Dilepaskan pada 03 Disember 2017
Menyelesaikan masalah pada kalkulator

iOS 11.2.1

Dilepaskan pada 14 Disember 2017
Menyelesaikan masalah kamera autofocus pada iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X.

iOS 11.2.2

Dilepaskan pada 09 Januari 2018
Menyelesaikan isu keselamatan berkaitan serangan Spectre

iOS 11.2.5

Dilepaskan pada 24 Januari 2018
Menyelesaikan ralat-ralat yang masih ada

iOS 11.2.6

Dilepaskan pada 20 Februari 2018
Menyelesaikan ralat-ralat yang masih ada.

iOS 11.3

Dilepaskan pada 30 Mac 2017
Menyelesaikan isu bateri pad iPhone 6S dan

iOS 11.3.1

Dilepaskan pada 25 April 2018
Menyelesaikan masalah pada masalah skrin yang menggunakan komponen tiruan.

iOS 11.4

Dilepaskan pada 25 Mei 2018
Memperkenalkan iMessage from iCloud

iOS 11.4.1

Dilepaskan pada 10 Julai 2018
Menyelesaikan masalah bateri drain dan masalah dalam memaparkan lokasi akhir bagi AirPod.

Saya mengakui setiap kemaskini yang dikeluarkan, terdapat beberapa ciri-ciri baharu , namun penggunaan juga harus berdepan dengan masalah pada setiap kemaskini yang dikeluarkan.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12 The Biggest Apologize Make Since iOS

Sepatutnya Apple menghasilkan sesuatu yang baik untuk pengguna mereka. Namun mereka seolah-olah tidak menitikberatkan soal kualiti pada iOS 11.

Adakah berbaloi kita habiskan wang yang banyak pada produk yang tidak menjanjikan 100% kepuasan?

Saya juga mengakui bahawa mungkin ada dikalangan anda tidak merasai masalah yang dihadapi pada iOS 11. Saya juga tidaklah mengalami masalah yang besar pada iOS ini. Namun, jika dilihat pada isu yang dibangkitkan oleh pengguna di seluruh dunia bermakna iOS 11 indah khabar dari rupa.

i_OS-12-_Feature-_Image-696x435

Saya secara peribadi berpandangan, iOS 12 antara versi paling stabil dan kurang dari segi masalah memandangkan tiada perubahan besar yang berlaku pada versi ini.

Saya juga tidak keberatan mengatakan bahawa iOS 12 adalah pelengkap kepada iOS 11 atau dengan erti mudah iOS 11S (generasi kedua).

iOS 12 akan diumumkan tarikh pelancaran pada 13 September 2018. Saya menjangkakan tarikh rasmi pelepasan ini adalah pada 20 September 2018 Jam 1.00 pagi.

iOS 12 menyokong beberapa peranti iOS termasuklah:

iPhone:

  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone 6
  • iPhone 6 Plus
  • iPhone SE
  • iPhone 5s

iPad:

  • 12.9-inch iPad Pro 2nd generation
  • 12.9-inch iPad Pro 1st generation
  • 10.5-inch iPad Pro
  • 9.7-inch iPad Pro
  • 9.6-inch iPad
  • iPad Air 2
  • iPad Air
  • iPad 5th generation
  • iPad mini 4
  • iPad mini 3
  • iPad mini 2

iPod touch:

  • iPod touch 6th generation

Konklusinya, maka dengan ini saya menoktahkan bahawa iOS 11 antara sistem operasi paling bermasalah dalam sejarah iOS dan satu-satunya iOS yang saya namakan sebagai The Buggiest iOS Release Ever.

Akhir kata dari saya, wassalam kepada iOS 11 dan Assalamualaikum kepada iOS 12.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Harga iPhone 8/Plus dan iPhone X Dijangkan Turun Pada 13 September 2018

Penundaan Produk Apple Di Era Tim Cook Lebih Tinggi Berbanding Steve Jobs