in ,

Harga iPhone 8/Plus dan iPhone X Dijangkan Turun Pada 13 September 2018

Screenshot-2018-01-08-at-01.03.42
iPhone Yang Dikeluarkan Pada Tahun 2017

Umum mengetahui bahawa 13 September 2018 pihak Apple bakal melancarkan iPhone terbaru iaitu iPhone 9, iPhone XS dan iPhone XS Max.

Setakat ini belum dipastikan berapakah tanda harga bagi model terbaru ini. Berikut merupakan jangkaan saya bagi harga baru bagi ketiga-tiga model tersebut:

iPhone 9
64GB – RM3,442.00
256GB- RM4,150.00

iPhone XS
64GB- RM3,914.00
256GB- RM4,621.00

iPhone XS (6.5 inci)
64GB- RM4,857.00
256GB- RM5,565.00
512GB -RM6,255.00

Seperti yang diamalkan oleh Apple sebelum ini, secara kebiasaannya mereka akan membuat pelarasan harga bagi model terdahulu selepas iPhone baharu dilancarkan.

Berikut merupakan ramalan saya untuk harga baharu bagi iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X.

Lagi artikel di ifon.my  Akhirnya iPhone 5 Diisytiharkan Sebagai Produk Vintaj Dan Usang

iPhone 8
64GB – RM2,992.00
256GB- RM3,700.00

iPhone 8 Plus
64GB- RM3,464.00
256GB-RM4,171.00

iPhone X
64GB- RM4,407.00
256GB- RM5,115.00

Pelarasan ini menggunapakai kadar yang sama seperti dilakukan oleh Apple pada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus sebelum ini.

Seperti diketahui, terdapat khabar angin bahawa iPhone X mungkin akan ditamatkan pengeluaran. Oleh yang demikian, besar kemungkinan model tersebut akan dihabiskan dalam tempoh masa terdekat.

Bagi model iPhone 7 dan iPhone 7 Plus pula, saya menjangkakan ia akan dijual pada harga RM2,121.00 bagi versi 32GB dan RM2,593.00 bagi 128GB.

iPhone 7 Plus pula dijangka akan dijual pada tanda harga bermula RM2,593.00 bagi 32GB dan RM3,065.00 bagi 128GB.

iphone6splus_spacegray
iPhone 6S

Apple juga berkemungkinan akan menamatkan penjualan bagi iPhone 6S dan iPhone 6 Plus seperti yang mereka lakukan pada iPhone 6.

Lagi artikel di ifon.my  Maklum Balas Apple Berkenaan Status Kabel Foxconn

Walau bagaimanapun, Pusat Jualan Apple di Malaysia berkemungkinan masih menjual iPhone 6S dibawah harga RM2,000.00.

Setakat ini belum dapat disahkan harga baru bagi model-model yang telah saya nyatakan ini.

Walau bagaimanapun, tujuan saya menulis isu ini adalah untuk menasihatkan kepada anda supaya menghentikan niat seketika membeli mana-mana model iPhone buat masa ini.

Tunggu selepas 13 September 2018 memandangkan semua harga iPhone akan diselaraskan kembali.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Sebanyak 85% iOS 11 Dikemaskini Setakat 4 September 2018

iOS 11 Sistem Operasi Paling Bermasalah Dalam Sejarah iOS.