in

Akibat Tekanan, Apple Terpaksa Menurunkan Harga Jualan Bagi iPhone Xr Dan Menjual Kembali iPhone X.

Umum mengetahui bahawa tahun 2018 antara tahun yang sangat mencabar bagi Apple disebabkan oleh permintaan yang lemah bagi model iPhone terkini mereka antaranya iPhone Xr,iPhone Xs dan iPhone Xs Max.

193854146-7cc65218-5a37-4045-820f-6ee13e932964

Terkini, Wall Street Journal melaporkan bahawa Apple bakal menurunkan tanda harga bagi iPhone Xr di Jepun melalui syarikat telekomunikasi yang terlibat.

Setakat ini belum dipastikan berapakah harga yang bakal diturunkan oleh Apple dan buat masa ini ia hanya melibatkan negara Jepun sahaja.

Dalam perkara sama, Apple dilaporkan telah menjual kembali iPhone X yang sebelum ini dihentikan pengeluarannya.

iphonex-spacegray

Penjualan iPhone X ini melibatkan beberapa buah negara dan belum dipastikan adakah Malaysia turut terlibat dalam penjualan ini.

iPhone X 64GB dijual pada harga RM4,299.00 dan RM4,999.00 bagi 256GB. Setakat ini penjualan iPhone X hanya dijual di pusat jualan Apple yang sah sahaja.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone X Mempunyai Susut Nilai Yang Terendah Berbanding Model Sebelumnya.

Dengan kedua-dua langkah yang dibuat oleh Apple ini, secara jelas kita boleh lihat bahawa Apple semakin tertekan dengan persaingan sengit terutama syarikat dari negara China termasuklah Huawei dan Xiaomi.

Tindakan Apple ini adalah sesuatu diluar jangkaan dan sekiranya laporan ini tepat. Ini menunjukkan bahawa Apple sedang berada dalam situasi yang kurang baik. Tidak hairanlah Modal Pasaran Apple telah menjunam pada nilai $839B berbanding $1T seperti direkodkan sebelum ini.

Takziah Apple

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Pasaran Mac Menjunam 24.3% Bagi Suku Ketiga Tahun 2018

Google Mula Melepaskan Google Duplex Di Beberapa Buah Bandar Terpilih