in

Ming Chin-Kuo: iPhone 2019 Bakal Hadir Dengan Kapasiti mAh Lebih Tinggi

Hari ini Ming Chin-Kuo yang merupakan Penganalisis Apple paling berpengaruh telah melaporkan bahawa iPhone 2019 bakal hadir dengan kapasiti mAh lebih tinggi.

Peningkatan mAh pada bateri iPhone ini membolehkan iPhone 2019 menyokong pengecasan dua hala secara tanpa wayar dan mampu mengecas AirPods seperti yang dipraktikkan pada Samsung Galaxy S10.

15-Samsung-S10-A3-Buds-Channel-Partners-Pre-Order-S10-Landscape-KV-3

Bagi memastikan iPhone 2019 menyokong pengecasan dua hala ini. Kapasiti mAh bagi “iPhone Xl” bakal dinaikkan sekitar 20% hingga 25% menjadikan kapasiti mAh sekitar 3,189mAh – 3,322 mAh.

Manakala bagi “iPhone Xl Max” pula kapasiti mAh dijangka akan dinaikkan sekitar 10% hingga 15% iaitu sekitar 3,491 – 3,650 mAh.

Bagi “iPhone XR” kapasiti mAh mungkin tidak berubah atau meningkat sekitar 0% hingga 5% menjadikan kapasiti sekitar 2,942 mAh – 3,089 mAh.

Secara peribadi peningkatan bateri ini hakikatnya bukanlah satu perubahan besar memandangkan ia hanya meningkat sekitar 25% sahaja.

Lagi artikel di ifon.my  Kontroversi Apple Menyembunyikan Rahsia Mengurangkan Prestasi iPhone

Walau bagaimanapun, cip pemprosesan Apple A13 Bionic berkemungkinan akan hadir dengan fungsi penjimatan kuasa yang lebih efisien berbanding model sebelumnya.

iPhone Xl dijangka akan dilancarkan sekitar pertengahan September 2019.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Akan Mengadakan Acara Khas Buat Pertama Kali Untuk Tahun 2019

iPhone XS Max dan iPhone XR 64GB Dijual Pada Harga Bermula RM4,799.00 Dan RM3,199.00 Sahaja