in , ,

Kad Prabayar Medium Terbaik Untuk Pengguna iOS Dan Android

Umum mengetahui, ramai di kalangan pengguna telefon pintar lebih-lebih lagi pengguna iOS terpaksa berputih mata kerana wang di dalam kad debit/kredit atau talian telefon dipotong sehingga ratusan ringgit.

Akibatnya pengguna tersebut terpaksa merayu dengan pihak Apple untuk membuat tuntutan kembali wang yang telah ditolak sebelum ini.

Hakikatnya masalah ini berpunca dengan strategi Apple yang mengaburi mata pengguna yang kurang cakna soal terma dan syarat semasa memuat turun aplikasi di App Store.

IMG-20190804-WA0004

Gambar di atas adalah satu contoh, jika dilihat secara kasar aplikasi ini adalah PERCUMA. Maka kebarangkalian pengguna untuk memuat turun aplikasi ini adalah tinggi.

Namun pengguna tersebut tidak menyedari bahawa aplikasi ini adalah berbayar. Rujuk gambar di bawah:

IMG-20190804-WA0005

Mungkin segelintir pengguna terus menekan butang teruskan (next) tanpa membaca apa-apa terma yang dinyatakan. Natijahnya, anda akan di caj sebanyak RM32.90 setiap minggu.

Sekiranya anda seorang yang lalai, tidak mustahil anda tidak mengetahui RM32.90 ini telah di caj dan ditolak pada kad debit/kredit atau talian telefon setiap minggu.

Ini adalah salah satu sebab mengapa anda perlu waspada apabila melibatkan ringgit dan sen. Bagi mengelakkan wang simpanan anda ditolak tanpa kawalan, saya mencadangkan anda menggunakan kad pra bayar berbanding Kad debit/kredit atau no telefon.

Berikut merupakan jenis pembayaran yang diterima di App Store dan Google Play

Lagi artikel di ifon.my  Mengapa Kamera iPhone Menjadi Sasaran Utama Semasa Mengambil Gambar? Budaya atau Realiti?

1- Kad Kredit
2- Kad Debit
3- Talian Telefon (mudah alih)
4- Dompet digital (Touch anda Go)*
5- Kad Prabayar

*App Store

IMG-20190804-133023

Kali ini saya ingin berkongsi tentang kemudahan kad prabayar BigPay di mana ia antara kad prabayar yang terbaik di pasaran pada ketika ini.

Kad prabayar atau prepaid card mempunyai sifat yang sama seperti Kad Debit namun Kad Prabayar tidak dihubungkan kepada akaun simpanan anda.

Sebagai contoh sekiranya anda melakukan transaksi pembayaran menggunakan Kad Debit, jumlah pembayaran tersebut akan ditolak secara automatik ke akaun simpanan anda.

Berbeza dengan kad prabayar, ia tidak dihubungkan ke akaun simpanan dan hanya berfungsi setelah anda menambah nilai.

Sebagai contoh:
Anda telah menambah nilai sebanyak RM10.00, maka transaksi melebihi RM10.00 tidak dapat diproses.Ini bermakna risiko kehilangan wang dalam jumlah yang besar adalah tipis.

Kelebihan kad prabayar BigPay adalah ia menyokong Mastercard, oleh yang demikian anda bukan sahaja boleh menggunakan kad ini pada telefon pintar. Malah anda boleh menggunakanya untuk membeli di mana-mana kedai yang mempunyai mesin terminal bagi kad debit/kredit.

Dengan penggunaan kad ini anda boleh mengawal perbelanjaan bulanan anda dengan lebih efisien.

Pendaftaran kad prabayar BigPay sangat mudah. Berikut langkah-langkahnya.

Muat Naik Aplikasi BigPay di App Store dan Google Play

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 12 Laris Di Malaysia

IMG-20190804-134213

App Store

IMG-20190804-134219
Google Play

IMG-20190804-134753

Klik Sign Up

IMG-20190804-134756

Pilih Malaysia

IMG-20190804-134758

Masukkan Nombor Telefon

IMG-20190804-134801

Masukkan Nombor Pengesahan Yang Diterima Dari SMS

IMG-20190804-141142

Tetapkan Kod Keselamatan

IMG-20190804-141146

Aktifkan Fungsi Face ID/Touch ID (jika perlu)

IMG-20190804-141148

Pilih Allow

IMG-20190804-141150

Pilih Only Using The App

IMG-20190804-141623

Klik I Accept

IMG-20190804-141625

Tekan Let’s Start

IMG-20190804-141932

Masukkan Butiran Peribadi Anda

IMG-20190804-141935

Pada Bahagian Referrals Code Masukkan Kod YVI26XDFLI Dan Anda Akan Dapat RM10.00 Secara PERCUMA. Tekan Next

IMG-20190804-142316

Tekan IC dan Tangkap gambar Kad Pengenalan

  • Anda perlu membut pengesahan dengan merakam muka anda mengikut ketetapan diberikan.

  • Tambah nilai RM20.00 menggunakan kad debit/kredit atau laman perbankan.

RM20.00 bukan yuran, bermakna sebaik sahaja anda menerima kad, anda mempunyai baki RM30.00 iaitu RM20.00 semasa pendaftaran dan RM10.00 semasa anda masukkan kod referral sebentar tadi.

  • Tunggu kad anda dihantar ke rumah
  • Buka sampul bila terima
  • Buka Aplikasi BigPay
  • Masukkan nombor CVV yang tertera di belakang kad
  • Kad Prabayar anda telah AKTIF dan berjaya.

Secara rumusannya, kad prabayar antara medium pembayaran yang lebih selamat berbanding Kad debit/kredit. Anda hakikatnya boleh memilih kad prabayar yang lain seperti Maybank dan CIMB.

Saya cuma memberikan satu contoh produk kad prabayar yang banyak memberi kebaikan kepada anda termasuklah mata ganjaran yang boleh di tebus untuk membeli tiket penerbangan AirAsia.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Adakah iOS 13 Senjata Utama Apple Untuk Melariskan iPhone Baharu

Anggaran Harga Maksimum iPhone Terpakai Setakat September 2019