in ,

Kebangkitan Apple

Hakikatnya telah lama saya tidak berkongsi perkara yang positif berkenaan dengan Apple. Kebanyakan penulisan saya banyak tertumpu kepada kritikan yang bagi saya amat perlu memandangkan Apple seolah-olah hilang arah.

Jika anda lihat revolusi bagi iPhone 2G hinggakan iPhone 4, Apple seolah-olah mengejar untuk menjadi pemain utama dalam industri telefon pintar sedangkan pada ketika itu syarikat gergasi lain masih tercari-cari identiti mereka masing-masing.

HTC-Dream-456

Antara pesaing utama yang cuba menjadi pemain baharu dalam industri ini adalah HTC, telefon pintar HTC Dream boleh dianggap antara terawal menggunakan Android. Walau bagaimanapun, Android 1.6(Donut) pada ketika itu tidak mampu menandingi iPhone OS 3 keluaran Apple.

Ketika itu boleh dikatakan sambutan terhadap telefon bimbit Nokia agak tinggi di Malaysia memandangkan pengguna masih belum menerima sepenuhnya industri telefon pintar.

iPhone mula menembusi pasaran di Malaysia melalui syarikat telekomunikasi Maxis. Pada ketika itu Wakil Penjual Sah Apple belum mendapat hak eksklusif untuk menjual telefon pintar tersebut.

Maxis-i-Phone01

Pada ketika itu juga, hanya Maxis sahaja yang mendapat hak eksklusif ini yang mana syarikat telekomunikasi lain seperti Celcom dan Digi tidak mempunyai hak untuk mengedar atau menjual telefon pintar ini.

Bermula iPhone 4 , Apple mula memberikan hak kepada Celcom untuk menjual telefon pintar ini dan pada ketika inilah sambutan terhadap iPhone 4 sangat tinggi memandangkan pakej yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi sangat menguntungkan.

ZUKGE6-LTUREWNO6-TMQOF3-GBKF4

Semasa pelancaran iPhone 4 boleh dikatakan semua penonton terkesima dengan inovasi Apple. Retina Display, bahan binaan yang premium serta nipis membuatkan telefon pintar ini tidak mampu ditandingi oleh pesaing.

Namun semasa iPhone 4 mula menjadi tumpuan HTC dan Samsung telah mempertaruhkan HTC Evo 4G dan Samsung Galaxy S dimana Android Gingerbread merupakan sistem operasi terkini pada ketika itu.

Lagi artikel di ifon.my  Majoriti Pengulas Teknologi Terkemuka Memilih Samsung Galaxy Note 9 Dan Huawei Mate 20 Pro Telefon Pintar Terbaik Tahun 2018

Walaupun HTC dan Samsung berjaya menguasai pasaran, namun pengaruh iOS 4 dipasaran telah membuatkan Android Gingerbread sedikit terpinggir.

iOS mula mencapai kemuncak semasa pelancaran iOS 5, pada ketika ini boleh dikatakan semua fungsi yang ada diguna sehingga kini termasuklah iMessage, iCloud dan banyak lagi.

Scott Forstall pada ketika itu juga turut memperkenalkan SIRI yang mana ia telah merubah landskap baharu dalam pembantu maya. Pada ketika ini saya boleh katakan era kegemilangan Apple meningkat tinggi termasuklah sambutan terhadap iPhone 4S.

gettyimages-146177705

Apple mula mendapatkan kritikan semasa Scott Forstall melancarkan iOS 6, pada ketika itu Android Jelly Bean mula menampakkan satu revolusi baharu dalam sistem operasi mudah alih. Tidak hairanlah Samsung berjaya menjual Samsung Galaxy S3 sebanyak 60 juta unit sepanjang pengeluarannya.

Bermula disinilah Android mula mendapat perhatian sebagai alternatif untuk pengguna menggunakan sistem operasi selain iOS. Kerana itu juga Samsung Galaxy S4 berjaya berada di kedudukan kedua sebagai telefon pintar paling banyak dijual sepanjang zaman.

iOS 6 yang diketuai oleh Scott Forstall seolah-olah berada di ambang kejatuhan disamping pengaruh beliau selaku Timbalan Presiden Kanan iOS sedikit terjejas disebabkan kematian Steve Jobs.

Antara masalah utama yang dihadapi pada iOS 6 adalah fungsi Maps. Semua mengetahui bahawa Scott Forstall mempunyai sikap angkuh seperti Steve Jobs, beliau tidak mahu memohon maaf secara terbuka dan menyebabkan Tim Cook terpaksa mengeluarkan kenyataan permohonan maaf.

scott-forstall-goodbye

Akibat krisis inilah Tim Cook telah memecat Anak Emas Steve Jobs.

Memandangkan iOS 6 terus mendapat kritikan dan pengguna mula bosan dengan iOS. Tim Cook telah melantik Craig Federighi dan Jony Ive untuk merombak kembali iOS sedia ada. Tanggal 19 September 2013 Tim Cook telah memperkenalkan iOS 7 secara rasmi.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Saiz Storan 16GB Masih Releven?

Video YouTube yang saya muat naik ini membuktikan bahawa pengguna iPhone menantikan transformasi baharu bagi iOS. Tidak hairanlah penonton telah memberikan Standing Ovation kepada Tim Cook atas perubahan yang dibuat.

Tidak keberatan jika saya katakan era iOS 7 merupakan kebangkitan Apple setelah jatuh. Pada ketika itu juga iPhone 5S mula mendapat sambutan yang tinggi dikalangan pengguna di Malaysia.

Tidak keberatan jika saya katakan ramai dikalangan peminat gadget menggunakan iPhone sebagai peranti utama mereka.

Namun, selepas iPhone 6S/Plus diperkenalkan pengaruh iPhone menampakkan sedikit terjejas. Ini disebabkan Apple Malaysia telah menyelaras harga baharu bagi semua produk Apple memandangkan mata wang ringgit mengalami kejatuhan teruk.

Jika tahun 2013 Ringgit berlegar sekitar RM3.03 / $1.00. Namun pada tahun 2015 ringgit telah jatuh kepada RM4.29 / $1.00.

Maka kebanyakan pengguna vateran iPhone mula berhijrah kepada peranti Android dan disitulah kebanyakan dari mereka mula memahami bahawa iOS dan Android tidak jauh pun bezanya.

Tidak hairanlah mengapa penguasaan iOS di Malaysia semakin menyusut akibat faktor ini. Saya akan ulas lebih terperinci mengapa penguasaan iOS semakin lemah di Malaysia pada penulisan akan datang.

Intihanya disini, pengguna iPhone mahukan transformasi baharu pada iOS setelah Apple tidak banyak merubah dari segi rekaan iPhone. Jika dilihat kitaran iOS, tahun hadapan merupakan tahun transformasi baharu bagi iOS.

Jika Apple kekal dengan rekaan sama, saya menjangkakan lebih ramai pengguna akan berhijrah ke Android.

Apa pun, saya berpandangan mengapa iOS 12 tidak mengalami perubahan ketara adalah disebabkan Apple mahu menumpukan perhatian kepada pembangunan iOS 13.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone Xr Mana Lebih Berbaloi?

iPhone- Beli Secara Tunai Atau Pakej Dari Syarikat Telekomunikasi?