in , ,

Tatacara Membeli iPhone Terpakai

Seperti diketahui umum, iPhone merupakan telefon pintar yang mempunyai tanda harga yang premium. Walaupun Apple telah melancarkan dua kategori iPhone iaitu segmen andalan dan separa andalan. Namun harga bagi segmen separa andalan masih dijual sekitar RM3,399.00 dan ke atas.

Disebabkan harga bagi iPhone terbaharu terlalu tinggi, maka pengguna tiada pilihan untuk membeli iPhone terpakai sebagai altenatif untuk mendapatkan telefon tersebut. Namun perlu diingatkan bahawa terdapat beberapa model iPhone yang masih dijual di pasaran iaitu:

  1. iPhone 11
  2. iPhone XR
  3. iPhone SE(2020)

Bagi saya harga bagi ketiga-tiga iPhone ini sangat berpatutan dan jauh lebih murah berbanding iPhone 12 Mini dan ke atas. Harga bagi iPhone 11 64GB adalah RM2,899.00, iPhone XR 64GB RM2,199.00 (promosi) dan iPhone SE 64GB RM1,999.00. Jika anda tidak mampu membeli ketiga-tiga model ini, terpaksalah membeli iPhone terpakai.

Screenshot-2020-11-27-at-10-44-09-PM

Sebelum anda membeli iPhone terpakai, sila pastikan model yang akan dibeli mempunyai hayat sokongan iOS melebihi dari dua tahun. Berikut senarai iPhone terpakai yang relevan untuk dibeli bagi tahun 2020 dan 2021:

  1. iPhone 11 Pro Max
  2. iPhone 11 Pro
  3. iPhone 11
  4. iPhone XS Max
  5. iPhone XS
  6. iPhone XR
  7. iPhone SE (2020)
  8. iPhone X
  9. iPhone 8 Plus
  10. iPhone 8

Setelah anda membuat pilihan, berikut merupakan tatacara yang perlu dipatuhi sebelum membeli iPhone terpakai berdasarkan perspektif saya.

Semak Status Telco Lock
Minta dari Penjual nombor IMEI dan cari individu yang menyediakan semakan status telco, bayaran mungkin sekitar RM10-RM20.

Lagi artikel di ifon.my  Mengapa Harga iPhone Mahal Berbanding Samsung?

Ulasan: Jika laporan menunjukkan bahawa iPhone tersebut bebas telco. Sila teruskan membaca, jika sebaliknya anda dilarang untuk membeli tanpa pengecualian.

5d10ffd5e3ecba0ba12427c4

Semakan Kondisi
Minta penjual menghantar gambar atau terus berjumpa. Sila semak kondisi iPhone secara terperinci.

Ulasan: Jika terdapat kemek atau calar yang ketara, anda dinasihatkan untuk tidak membelinya. Hal ini disebabkan iPhone tersebut mungkin pernah terjatuh dan sekaligus memberi implikasi pada komponen dalaman. Kondisi iPhone yang tidak sempurna akan memberi isu apabila anda ingin membuat penukaran bateri di Wakil Apple (AASP).

Status Keaslian
Sila sahkan keaslian iPhone dengan si Penjual. Jika iPhone tersebut:
  1. Pernah dibaiki diluar
  2. Bateri, skrin atau mana-mana alat ganti pernah atau telah ditukar
Ulasan: Anda digalakkan menolaknya. Jika Penjual mengesahkan semuanya asli maka anda harus membuat pengesahan secara teknikal.
Sila buat temu janji dengan Wakil  AASP untuk melaksanakan ujian diagnosti untuk mengesahkan keasliannya. Bayaran sebanyak RM60 dan ke atas akan dikenakan untuk semakan ini. 
Jika AASP mendapati iPhone tersebut asli 100% maka anda boleh teruskan pembelian. Jika sebaliknya saya nasihatkan anda supaya jangan membelinya. Kos ujian harus ditanggung sepenuhnya oleh anda.
Memang diakui anda boleh menggunakan perisian ketiga seperti 3utools. Namun bagi konteks ini, saya menggalakkan anda melakukan ujian diagnostik di AASP untuk mengesahkan ia benar-benar asli.

Konklusinya, Inilah langkah-langkah yang harus anda ikuti sebelum membeli iPhone terpakai.

Anda mungkin merasakan langkah-langkah yang saya kongsi ini sangat melecehkan.
Namun inilah langkah yang terbaik bagi saya untuk memastikan anda tidak ditipu atau tertipu oleh Penjual atau individu yang tidak dikenali.

woman-handing-over-phone-700px

Bagi saya itulah yang terbaik untuk anda lebih-lebih lagi individu yang cetek ilmu berkaitan jual beli iPhone. Jika anda nampak susah, maka susahlah. Tidak ada istilah yang mudah untuk membeli iPhone terpakai. Saya cuba sedaya upaya untuk memastikan tiada kebocoran atau loophole yang boleh dimanipulasi oleh segelintir Penjual. Kecuali anda tidak kisah sama ada iPhone tersebut asli 100% atau sebaliknya.
Peribahasa ada menyebut Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Nota: Penjual tidak semestinya seseorang yang mempunyai kedai, jika saya Pengguna iPhone dan ingin menjual iPhone akan diketegorikan sebagai Penjual.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Penjual boleh diistilahkan sebagai orang yang menjual.
SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Biru Pasifik Warna Paling Diminati Peminat Apple

Ceritera iOS 14