Esok syarikat telekomunikasi akan mula membuka pra tempah bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr.
Hakikatnya terdapat perbezaan ketara apabila anda membuat pra tempah dengan syarikat telekomunikasi berbanding laman jualan Apple. Kebiasaannya harga jualan bagi ketiga-tiga iPhone ini akan ditawarkan lebih rendah berbanding harga pasaran.
Walau bagaimanapun disebalik harga yang rendah, anda harus melanggan pakej baharu yang ditawarkan oleh mereka untuk melayakkan anda mendapat harga promosi tersebut.
Seperti biasa setiap kali iPhone baharu dikeluarkan adalah menjadi kelaziman saya menasihatkan anda sebelum anda terjerat menjadi hamba kontrak.
Saya mengakui ramai dikalangan kita memahami akan terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat telekomunikasi, cuma masih ada pengguna yang tidak cakna berhubung isu ini.
Memandangkan esok merupakan pra tempah bagi ketiga-tiga iPhone. Pertama sekali apa yang saya ingin tekankan kepada anda bahawa jangan terlalu risau berhubung jumlah stok yang ada pada sesebuah syarikat telekomunikasi.
Secara kebiasaannya pada bulan pertama pelancaran kebanyakan syarikat telekomunikasi akan mengalami kekurangan stok. Namun, isu ini adalah terpencil sahaja dan anda janganlah taksub sehingga tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum memilih pakej yang sesuai.
Saya lihat terdapat beberapa jenis pengguna yang gemar membeli iPhone melalui syarikat telekomunikasi.
1- Pengguna setia telco
2- Pengguna yang mencari pakej paling murah dan masih ada stok
Bagi pengguna setia telco rasanya ia bukanlah risiko bagi anda memandangkan anda tahu limitasi penggunaan seharian anda. Ini bermakna anda telah menyemak dari semua aspek termasuklah kekuatan capaian internet, kualiti perkhidmatan dan jumlah kuota yang ditawarkan.
Berbanding dengan pengguna yang mencari pakej murah, mereka tidak membuat kajian terlebih dahulu. Apa yang bermain difikirannya hanyalah untuk mendapatkan iPhone yang mempunyai tanda harga yang rendah.
Akibat apabila beliau melanggan pakej tersebut, kualiti internet dan perkhidmatan sangat teruk di kawasan anda. Akibatnya anda terpaksa menghadapi masalah ini untuk 18 hingga 24 bulan mendatangkan.
Nasihat saya, sebelum anda berebut menjadi pelanggan pertama melanggan pakej dengan syarikat telekomunikasi. Semak penggunaan internet anda, adakah anda bergantung 100% pada data internet atau di kediaman atau pejabat anda boleh menyambungkan dengan WIFI.
Saya akui bahawa harga bagi iPhone akan lebih rendah. Namun adakah pakej yang anda langgan sepadan dengan keperluan? Saya amik satu contoh:
Jika anda melanggan satu pakej berharga RM99.00 untuk tempoh 24 bulan.
Kos langganan selama 24 bulan (contoh) adalah berjumlah RM2,376.00
Kos Peranti iPhone Xs 64GB adalah berjumlah RM3,799.00
KOS KESELURUHAN: RM6,175.00
Harga rasmi iPhone Xs 64GB – RM4,999.00
Perbezaan harga adalah : RM1,176.00.
Saya akui anda tidak akan nampak kos ini secara jelas memandangkan anda membayar secara bulanan. Namun apa yang saya ingin tekankan adakah pakej yang ditawarkan sepadan dengan anda.
Sekiranya anda hanya menggunakan internet sekitar 15GB sahaja, dan selebihnya bergantung kepada WIFI. Lebih baik anda membeli iPhone dan pakej secara berasingan.
Antara perkara paling penting adalah anda bebas menjadi hamba kontrak untuk satu tempoh yang agak lama. Sekiranya anda merungut kualiti internet di tempat anda teruk, anda tidak boleh menukar atau menamatkan pakej tersebut sesuka hati. Mahu atau tidak, anda terpaksa menggunakan untuk satu tempoh yang panjang.
Adakah ia value for money?
Penulisan ini khas untuk pengguna yang kurang cakna berkenaan isu ini. Hatta anda menyalahkan syarikat telekomunikasi kerana menyediakan perkhidmatan yang kurang memuaskan hakikat sebenarnya ia berpunca dari anda sendiri.
Konklusinya, saya tidak mempunyai masalah untuk anda membeli iPhone menggunakan pakej yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi. Namun, sebelum membelinya buat kajian terlebih dahulu jangan terlalu mengikut nafsu yang akhirnya memakan diri.
Ini bukan kisah dongeng, saya telah menerima banyak luahan dari pengguna yang menjadi hamba kontrak.
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi.
SEKADAR BERKONGSI
*Gambar hanya sekadar illustrasi