in , , ,

Video Siar : One Cent Thief 2

Kami teruja untuk berkongsi kepada anda video siar (podcast) antara kami serta showrunner serta pelakon One Cent Thief 2.

Kali iini berbeza dengan episod sebelumnya, dua hos dari ML Studio telah kami jemput untuk bersama-sama menemani saudara Danish Mirza dalam program Bisik Layar ini.

Jemputan ini bertujuan untuk menonjolkan bakat bukan sahaja kru Xavier Naxa, malah orang luar yang ingin menyemai benih untuk dapatkan buah yang berkualiti.

Bisik Layar merupakan segmen yang memfokuskan dunia perfileman tanah air dan pertama kali diperkenalkan pada tahun lepas.

Alhamdulillah, Astro Shaw telah menzahirkan niat murni dengan mempelawa kami untuk menemu ramah pelakon serta showrunner.

Video Siar yang berlangsung sekitar 60 minit memfokuskan kepada beberapa topik termasuk drama One Cent Thief 2 serta isu-isu hangat yang mewarnai industri hiburan.

Lagi artikel di ifon.my  DAPUR GOODDAY: MISI SARIMAH & TUYAH VS CHE TON’, PROGRAM REALITI DRAMA MASAKAN PERTAMA DI MALAYSIA

Saya menjemput anda untuk menonton video ini dan kami terbuka untuk menerima sebarang komen atau teguran berkenaan video siar atau mana-mana yang berkaitan.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ketindihan: Filem Seram Tiada Arah Tuju?

A Complete Unknown: Hadiah Buat Peminat Bob Dylan