in

Juadah ‘Rahmah’ : Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton

Program realiti drama masakan pertama di Malaysia dengan konsep ‘tonton hari ini, beli esok’, Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton (Goodday) telah menghiburkan penonton setiap hari pada pukul 5.30 petang di saluran Astro Ria serta platform On Demand dan Astro GO.

Menariknya, penonton berpeluang membeli hidangan yang ditayangkan dalam program ini di Bazar Ramadan, Stadium Shah Alam.

Semalam, bazar Goodday semakin meriah dengan kehadiran selebriti jemputan dari episod mingguan iaitu Joey Daud, Tony Eusoff, dan Evertts Gomes.

Mereka bukan sahaja beramah mesra dengan peminat serta pengunjung, malah turun padang membantu menjual juadah yang disediakan.

Menu istimewa semalam menampilkan dua set hidangan yang menyelerakan antaranya :

Set 1 terdiri daripada Nasi Hujan Panas, Daging Masak Kurma, serta pencuci mulut Kuih Onde-Onde dan Creme Brulle pada harga RM8.00.

Manakala Set 2 menawarkan Nasi Putih, Thai Green Curry Chicken, dan Kek American Chocolate Fudge pada harga sangat berpatutan, iaitu RM5.00 sahaja.

Tambah membuatkan hidangan ini lebih istimewa, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuan, menjadikan setiap sajian kaya dengan rasa dan berkualiti tinggi.

Lagi artikel di ifon.my  Video Siar : One Cent Thief 2

Program masakan ini menghidupkan semula watak-watak popular daripada drama Ramadan tahun lalu, Khunsa, seperti Che Ton yang dilakonkan oleh Sherry Alhadad, bersama watak Sarimah oleh Zarina Zainoordin serta Tuyah lakonan Ezu Hashim.

Kali ini, Che Ton kembali bersama rakan-rakannya, termasuk kemunculan Sarimah dan Tuyah ke bumi selepas diculik oleh UFO.

Mereka turut serta dalam program ini dengan satu misi istimewa daripada seorang lelaki misteri: melakukan kebaikan dalam tempoh 29 hari.

Jika berjaya, mereka dibenarkan untuk tinggal di bumi selamanya.Selain trio ini, setiap episod turut menampilkan tetamu jemputan istimewa iaitu watak-watak ikonik tanah air daripada filem dan drama popular antaranya Polis Evo (Zizan Razak), Kala Malam Bulan Mengambang (Datuk Rosyam Noor), Awan Dania (Scha Al-Yahya), Project: High Council (Naim Daniel), Kampung Pisang Bersiri-Siri (Joey Daud), P. Ramlee (Tony Eusoff), dan ramai lagi.

Lagi artikel di ifon.my  DAPUR GOODDAY: MISI SARIMAH & TUYAH VS CHE TON’, PROGRAM REALITI DRAMA MASAKAN PERTAMA DI MALAYSIA

Kami sebagai tetamu media telah merasai suasana di bazar Goodday yang ternyata begitu meriah dengan kunjungan pengunjung yang mahu membeli serta swa-foto bersama selebriti jemputan.

Selain itu, kami turut merasai juadah yang dijual sewaktu berbuka puasa. Sejujurnya, daging masak kurma begitu menyelerakan dan kami seperti tidak percaya ia dijual hanya RM8.00 sahaja.

Jika anda mahu mendapatkan juadah ini secara percuma, tonton Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, pukul 5.30 petang.

Sila tangkap layar (screenshot) atau ambil gambar yang memaparkan “kata kunci” dan tunjukkan gambar tersebut kepada pihak Astro di bazar Goodday, Stadium Shah Alam.

Anda bakal memperoleh salah satu juadah yang dijual secara percuma.

Jangan lepaskan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, pukul 5.30 petang, serta di platform On Demand dan Astro GO.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Spice Guys Bawa Pengalaman Makan Nasi Daun Pisang Pertama di Suria KLCC

MacBook Air (M4) : Nipis Tapi Berkuasa