Sebut sahaja Keluang Man, generasi X dan Y sudah semestinya mengetahui siri animasi televisyen sewaktu kecil.
Keluang Man mula bersiaran di TV 1 bermula 1998 hingga 2005. Keistimewaannya watak Borhan (Keluang Man) serta Samad (Tiong Man) yang menghiburkan telah mencuit hati sesiapa yang menontonnya.

Setelah hampir dua dekad, AstroShaw telah mengembalikan nostalgia dengan memperkenalkan Keluang Man di bawah ‘Astro Shaw Cinematic Universe’.
Filem aksi adiwira Malaysia bakal menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 29 Mei 2025.

Semalam berlangsungnya Sidang Media Keluang Man oleh AstroShaw dengan pelbagai peluncuran menarik termasuk treler rasmi, barang dagangan termasuk kolaborasi bersama Royal Selangor.

Menurut Syazwan Zakariah, kolaborasi bersama Royal Selangor merupakan satu pencapaian membanggakan dengan melahirkan patung kecil (figurine) dan lapel yang direka dengan penuh teliti oleh tukang piuter mahir Royal Selangor.
Menurutnya lagi, patung kecil ini dihasilkan dengan kemasan satin yang elegan, dan hanya dikeluarkan sebanyak 30 unit sahaja, lengkap dengan nombor siri individu dan ruang khas untuk ukiran peribadi pada tapaknya.
Sidang Media yang berlangsung di Aurum Theatre, The Exchange TRX telah menghangatkan pawagam IMAX dengan peluncuran treler rasmi Keluang Man.
Astro Shaw juga turut memperkenalkan watak-watak lain dalam filem Keluang Man antaranya Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder dan Dennis Yin.


Filem Keluang Man merupakan teribitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions dan diarahkan oleh Sutradara oleh Anwari Ashraf.

Wonda Kopi Kluang turut tampil dengan pek edisi terhad yang dihiasi dengan lima watak ikonik dari dunia Keluang Man, seperti Keluang Man, Ahmad, Shamsir, Dr. Malini, dan BeBe.
Pek edisi terhad ini boleh didapati di kedai terpilih seperti 7-Eleven, myNEWS, Shell, Petronas, Family mart, ST Rosyam Mart dan Etika Kedai Rasmi.
Selain itu, peminat boleh menyertai Keluang Man WONDA Fun Run pada 18 Mei di Menara DBKL, Kuala Lumpur.
Larian sejauh 5 kilometer ini bakal bermula seawal 5.00 pagi dan dijayakan sempena program Car Free Morning anjuran DBKL. Menariknya, peserta larian boleh tampil dengan gaya tersendiri bertemakan Keluang Man.

1,000 peserta terawal yang berdaftar akan menerima jersi eksklusif Keluang Man secara percuma! Jika berminat anda boleh daftar segera di www.keluangman.com, dari 23 April hingga 2 Mei.
Saya sebagai seorang peminat Keluang Man, mengharapkan sesuatu yang menarik bagi siri adiwira ikonik Malaysia. Keluang Man telah mengimbau kenangan manis sewaktu kecil.
Terima kasih kepada AstroShaw kerana melahirkan kembali adiwira yang ditonton bersama keluarga.