in ,

The Golden Ticket Kembali. Rebut Peluang Menang e-Baucar Sehingga RM10,000

Kempen tahunan The Golden Ticket kini kembali di Suria KLCC dengan hadiah utama berupa e-Baucar bernilai RM10,000.

Penyertaannya cukup mudah, hanya perlu berbelanja minimum RM1,500 dalam maksimum dua resit untuk melayakkan diri melontar dadu dan memenangi hadiah menarik.

Sebaik mendaftar di ruang legar The Golden Ticket, anda akan diberi peluang melontar dadu istimewa yang menampilkan empat warna, oren, kuning, merah jambu dan ungu.

Apabila dadu berhenti pada satu warna, anda akan memilih kotak hadiah mengikut warna tersebut. Jika anda memperoleh warna kuning, pilihlah kotak kuning dan siapa tahu, mungkin anda pembeli bertuah yang membawa pulang e-Baucar bernilai RM10,000.

Bukan itu sahaja, pelbagai hadiah lain turut menanti iaitu Delima RM5,000, Zamrud RM100 dan Ungu RM50. Apa yang menarik, setiap peserta pasti memenangi sesuatu tiada yang pulang tangan kosong.

Lagi artikel di ifon.my  Alamanda Putrajaya Meneruskan Komitmen Dalam Tanggungjawab Sosial Korporat Bersama YAYAKEM

Kempen ini berlangsung dari 9 Mei hingga 25 Mei 2025 di Suria KLCC.

Hari ini, pihak media telah dijemput untuk merasai sendiri pengalaman menyertai permainan ini. Semua yang hadir membawa pulang e-Baucar termasuk hadiah utama Tiket Emas dan Delima.

Acara tahunan ini kini memasuki tahun ke-6 dengan tawaran hadiah utama yang meningkat dari RM5,000 kepada RM10,000 satu insentif luar biasa buat para pembeli setia.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Datang dan berbelanjalah di Suria KLCC Mall hari ini. Layak untuk melontar dadu, dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000, RM5,000, RM100 atau RM50.

Tambah istimewa pelbagai permainan interaktif seperti Mesin Claw, Reruai Foto turut disediakan di ruang legar untuk dinikmati secara percuma.

Lagi artikel di ifon.my  TAMAN ORIENTAL MEKAR DI SURIA KLCC SEMPENA TAHUN BARU CINA

Apa ttunggu lagi, singgah dan berbelanja di Pusat Beli Belah Suria KLCC dan berpeluang memenangi hadiah menarik setiap hari.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Rider: Cinta Dua Dimensi

iPhone 18 Pro Menggunakan Teknologi Face ID Di Bawah Skrin