in , ,

Harga Minyak Turun, Tetapi Jangan Terlalu Selesa

Berita baik minggu ini apabila kerajaan mengumumkan penurunan harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia.

Ini sememangnya melegakan pengguna serta pemain industri yang bergantung kepada kos bahan api dalam operasi harian mereka.


Namun, apa yang lebih menarik perhatian saya ialah kenyataan Kementerian Kewangan yang mengingatkan bahawa penurunan ini bukan petanda pasaran petroleum global sudah kembali stabil.

Konflik yang berlarutan selama lebih 100 hari serta ketidaktentuan di Asia Barat masih berpotensi memberi tekanan kepada harga minyak dunia pada bila-bila masa.


Maksudnya mudah. Walaupun kita menikmati sedikit penurunan harga hari ini, risiko kenaikan pada masa akan datang masih wujud.

Lagi artikel di ifon.my  BUDI95 Kekal 200 Liter Sebulan, Pengguna Tidak Perlu Panik

Sebab itu kerajaan dilihat terus mengekalkan subsidi bagi kumpulan yang layak menerusi BUDI95, SKPS dan SKDS bagi mengurangkan impak turun naik harga global terhadap rakyat.


Buat masa ini, pengguna boleh menarik nafas lega. Tetapi dalam pasaran minyak yang sangat sensitif kepada faktor geopolitik, apa yang turun minggu ini tidak semestinya akan terus turun minggu hadapan.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Masters of the Universe : Santai, Menghiburkan dan Penuh Jiwa Pengembaraan

Apple Mungkin ‘Kuburkan’ Vision Pro, Fokus Penuh Pada Cermin Mata Pintar