Dalam Persidangan Perniagaan SID yang berlangsung hari ini.Ketua Pegawai Eksekutif OTI Lumionics, Michael Helander, menyatakan bahawa teknologi Face ID di bawah skrin yang menggunakan bahan mereka dijangka mula digunakan dalam telefon pintar seawal tahun 2026.
Laporan ini dikongsi oleh Ross Young, individu yang banyak berkongsi tentang iPhone masa depan dan mempunyai rekod baik dengan info-info hampir tepat.

Ini memberi bayangan bahawa iPhone 18 Pro mungkin menjadi antara model terawal yang menampilkan teknologi ini, sebelum diperluaskan ke jenama dan model lain.Reka bentuk Pepulau Dinamik dijangka berubah kepada berlubang dengan kedudukan kamera sebelah kiri.


Apple memerlukan kejuruteraan lain untuk menghasilkan kamera hadapan di bawah skrin. Namun, tumpuan untuk iPhone 18 Pro terarah kepada Face ID di bawah skrin.