Jika anda pemain tegar dan mahu pengalaman sewaktu bertempur lebih lancar dengan kependaman (latency) rendah.
Maka kestabilan liputan serta pemilihan jenis penghala (router) 5G Gred-Gamer harus jadi keutamaan.Tak semua syarikat telekomunikasi menawarkan penghala 5G berkualiti.
Kebiasaannya penghala “percuma” yang disertakan oleh syarikat telko berspesifikasi rendah.Natijahnya pelbagai isu timbul antaranya kelajuan Internet jadi perlahan, radius rangkaian terhad dan sebagainya.

Penghala 5G Gred-Gamer perlu jadi keutamaan agar jaringan internet lebih lancar, stabil dengan kependaman rendah.
Saya merupakan pelanggan U Home 5G dan sedang menggunakan penghala 5G Gred-Gamer yang ditawarkan oleh U Mobile secara PERCUMA. Penghala 5G Gred-Gamer yang ditawarkan oleh U Mobile ini mempunyai spesifikasi tinggi serta memenuhi keperluan semasa.
Penghala 5G Gred-Gamer yang ditawarkan oleh U Mobile ini menyokong teknologi 4×4 MIMO dan 5G (SA). 4×4 MIMO merujuk kepada teknologi antena yang digunakan dalam penghala 5G bagi meningkatkan kelajuan dan kestabilan sambungan internet.
Kelebihan 4×4 MIMO, kita dapat menikmati Internet pantas, sambungan internet lebih stabil serta isyarat boleh sampai lebih jauh dan kuat. Sokongan 5G (SA) ialah versi sebenar 5G dan tidak bergantung pada rangkaian 4G.
Impaknya, kelajuan Internet lebih tinggi, kadar kependaman sangat rendah, sokongan peranti lebih banyak, stabil serta cekap.
Sekali gus memberi manfaat untuk permainan awan (cloud gaming), penstriman video 4K, rumah pintar, VR/AR dan sebagainya.
Penghala 5G Gred-Gamer dengan Internet 5G ultra-pantas sudah pasti mampu dinikmati setaraf dengan kelajuan Internet jalur lebar.
Bezanya, kita boleh membawanya ke mana-mana sahaja selagi liputan U Mobile tersedia di kawasan terbabit.Bagi membuktikan Penghala 5G Gred-Gamer yang ditawarkan oleh U Mobile ini menepati kriteria.
Saya telah membuat ujian kepantasan di kediaman saya di Elmina, Shah Alam.

Ujian kepantasan ini menggunakan aplikasi OOKLA dan hasilnya saya memperolehi sekitar 200 hingga 300 Megabit sesaat jauh melebihi keperluan harian.
Secara dasarnya, 100 Megabit sesaat sudah cukup untuk penstriman video 4K, bermain permainan dalam talian dan sebagainya.
Melalui liputan 5G daripada U Home 5G dan digabungkan bersama penghala 5G Gred-Gamer yang diberikan secara percuma ini, sudah semestinya berbaloi.
Maka, penting bagi kita memilih Pelan Wi-Fi Rumah Pantas untuk kediaman dengan mengambil kira penawaran penghala 5G Gred-Gamer. U Home 5G dengan penghala 5G Gred-Gamer ditawarkan serendah RM68 dengan Internet 5G tanpa had dengan kontrak 24 bulan.
Lebih menarik, penghala 5G Gred-Gamer ini boleh dibawa ke mana-mana, selagi kawasan tersebut mendapat liputan U Mobile.
Layari u.com.my/home5g untuk mengetahui lebih lanjut dan beli sekarang untuk mendapatkan penghala 5G Gred-Gamer secara eksklusif.

