in ,

Raise The Star Malaysia: 5 Peserta Kuasai ‘The Five’, 4 Bintang Terkorban di Suku Akhir

Program realiti nyanyian paling hangat masa kini, Raise The Star Malaysia, melabuhkan tirai minggu keenam dengan penuh drama dan kejutan.

Suku akhir menyaksikan 14 peserta bertanding dengan tema pilihan penaja U Mobile Unbeatable, yang menampilkan lagu-lagu daripada ikon kelahiran program realiti dan pertandingan nyanyian.

Tema ini bukan sahaja memberi cabaran vokal, malah menjadi refleksi perjuangan para peserta yang kini menapak ke pentas impian.

Minggu ini juga memperkenalkan kelompok eksklusif The Five lima peserta terbaik pilihan juri dan undian penonton.

Mereka yang berjaya menempah tempat dalam kelompok berprestij ini ialah:

Didie Shazly

Pasya

Rayme

Keka

Aril Eles

Namun, persaingan yang semakin sengit turut menyaksikan empat peserta terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pentas Raise The Star. Mereka ialah:

Max Brandon

Lagi artikel di ifon.my  DAPUR GOODDAY: MISI SARIMAH & TUYAH VS CHE TON’, PROGRAM REALITI DRAMA MASAKAN PERTAMA DI MALAYSIA

Darling

Scha Nuril

Melinda Dadew

Penyingkiran ini menjadikan minggu keenam sebagai minggu paling mencabar setakat ini, apabila empat peserta tersingkir sekaligus angka tertinggi dalam satu minggu.

Dengan hanya 10 bintang yang masih bersaing, Raise The Star Malaysia kini bersedia melangkah ke peringkat separuh akhir.

Minggu hadapan bakal menjadi detik penentu, di mana hanya peserta terbaik sahaja akan dipilih untuk mara ke pentas akhir, dan dipertimbangkan oleh barisan komposer profesional untuk dijadikan bintang sebenar industri muzik.

Siapakah yang bakal menonjol dan menarik perhatian komposer? Nantikan segala debarannya dalam Raise The Star Malaysia platform impian bertukar menjadi realiti.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

RAISE THE STAR MALAYSIA: 14 Peserta Berentap di Suku Akhir Minggu Keenam Bertemakan Unbeatable

vivo X Fold5 Dilancar di Malaysia: Telefon Lipat Pertama vivo dengan Kamera ZEISS dan Rekaan Ultra Nipis