Kuala Lumpur, 3 Oktober 2025 – Penantian panjang akhirnya berakhir. vivo kini memperkenalkan OriginOS 6 secara rasmi kepada pengguna di Malaysia.
Sistem operasi terbaharu ini dibina berasaskan Android 16 dan direka untuk mengubah cara kita berhubung dengan dunia digital.
Sejak diumumkan, OriginOS 6 menjadi antara inovasi paling dinantikan peminat vivo. Ia hadir dengan pengalaman lebih lancar, pintar dan peribadi berbanding sebelum ini.

Reka bentuk yang lebih segar, ciri AI pintar, sambungan rentas peranti yang lebih mudah serta perlindungan privasi yang lebih kukuh menjadikan sistem ini sebagai langkah penting dalam evolusi vivo.
Sempena pelancaran sulungnya, vivo Malaysia menawarkan Program Pratonton Eksklusif. Bermula hari ini, hanya 500 pengguna X200 Pro akan dipilih untuk mencuba OriginOS 6 lebih awal sebelum pelancaran rasmi pada 15 Oktober.
Program ini bukan sahaja memberi akses awal, malah membolehkan pengguna berkongsi maklum balas untuk menambah baik pengalaman sistem.


Cara menyertai:
1. Kemas kini vivo X200 Pro anda ke versi sistem 15.0.14.1 atau lebih baharu.
2. Pergi ke Tetapan > Kemas Kini Sistem > Tetapan (ikon kanan atas) > Versi Percubaan > Daftar beta tertutup.
Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan DI SINI.