in ,

Masalah iMessage di iOS 26? Ini Cara Mengatasinya

Adakah anda mengalami masalah untuk mengaktifkan iMessage menggunakan nombor telefon selepas mengemas kini iOS 26? Anda tidak keseorangan.

Minggu ini, Apple mengesahkan bahawa terdapat segelintir pengguna yang berdepan isu ini sejurus selepas melakukan kemas kini.

Menurut Apple, masalah ini biasanya berpunca daripada kewujudan SIM atau eSIM yang tidak aktif tetapi menggunakan nombor yang sama dengan SIM aktif dalam iPhone anda.

Akibatnya, mesej iMessage gagal dihantar dan akan memaparkan amaran “Not Delivered”. Dalam keadaan ini, mesej anda tidak lagi dihantar melalui iMessage, sebaliknya ditukar kepada SMS atau RCS menyebabkan gelembung mesej bertukar hijau, bukannya biru.

Dalam sesetengah kes, iMessage juga mungkin dihantar menggunakan alamat e-mel dan bukannya nombor telefon anda.

Lagi artikel di ifon.my  Sambutan iPhone Xr Lemah?

Jika anda terkesan dengan masalah ini, cuba langkah berikut:

1. Periksa SIM/eSIMLihat sama ada anda mempunyai dua SIM atau eSIM dengan nombor telefon yang sama. Jika ya, salah satunya mungkin tidak aktif.

2. Padam SIM/eSIM yang tidak aktifJika SIM fizikal: keluarkan terus dari iPhone anda.Jika eSIM: pergi ke Tetapan → Selular, kemudian padam eSIM yang tidak aktif.

3. Aktifkan semula iMessageBuka aplikasi MessagesPergi ke Hantar & TerimaTekan nombor telefon yang dipaparkan untuk mengaktifkannya semula.

Dengan langkah ini, iMessage anda sepatutnya kembali berfungsi seperti biasa.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Di Sebalik Komedi Gelap, Tersingkap Realiti Rumah Tangga