in ,

Hide My Email Apple Didakwa Masih Mempunyai Kelemahan Walaupun Pembaikan Telah Dilaksanakan

Apple sekali lagi berdepan isu berkaitan privasi selepas satu laporan mendedahkan bahawa ciri Hide My Email berkemungkinan mempunyai kelemahan yang boleh mendedahkan alamat e-mel sebenar pengguna.

Lebih membimbangkan, kelemahan ini dilaporkan telah dimaklumkan kepada Apple sejak lebih setahun lalu, namun masih belum diperbaiki sepenuhnya.

Hide My Email merupakan ciri eksklusif untuk pelanggan iCloud+ yang membolehkan pengguna menjana alamat e-mel rawak bagi melindungi identiti sebenar ketika mendaftar akaun atau menggunakan sesuatu perkhidmatan.

Semua e-mel yang dihantar ke alamat tersebut akan diteruskan ke peti masuk pengguna tanpa mendedahkan alamat e-mel sebenar.

Menurut penyelidik keselamatan Tyler Murphy, kelemahan itu telah dilaporkan kepada Apple pada Jun 2025 bersama langkah untuk mengesahkan isu berkenaan. Apple mengakui menerima laporan tersebut dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan.

Lagi artikel di ifon.my  Kamera iPhone Bakal Terima Teknologi Baharu

Pada Mac 2026, Apple mendakwa masalah itu telah diselesaikan melalui perubahan sistem, namun semakan lanjut mendapati kelemahan tersebut masih boleh dieksploitasi. Sehingga Mei 2026, Apple dilaporkan masih menyiasat isu berkenaan dan menjanjikan pembaikan melalui kemas kini keselamatan dalam masa terdekat.

Kendatipun begitu, butiran teknikal mengenai kelemahan tersebut tidak didedahkan kepada umum bagi mengelakkan ia disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Namun, ujian yang dijalankan oleh 404 Media mengesahkan kelemahan itu benar-benar wujud dan berpotensi membolehkan alamat e-mel sebenar pengguna dikenal pasti.

Walakin begitu, pengguna tidak perlu panik atau berhenti menggunakan Hide My Email buat masa ini. Ciri tersebut masih mampu mengurangkan spam serta melindungi alamat e-mel daripada dikongsi secara terus dengan laman web atau aplikasi.

Lagi artikel di ifon.my  Thunderbolt Sejauh Mana Teknologi Ini Mampu Mengatasi USB Type-C?

Namun, pendedahan ini menunjukkan bahawa tiada sistem privasi yang benar-benar kebal, sekali gus mengingatkan pengguna supaya sentiasa mengamalkan langkah keselamatan tambahan seperti mengaktifkan pengesahan dua faktor (2FA) dan sentiasa memastikan peranti dikemas kini kepada versi perisian terkini apabila Apple mengeluarkan tampalan rasmi.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Harga Petrol dan Diesel Turun 10 Sen, RON97 Kini RM4.00 Seliter

iPad Pro Baharu Dijangka Tiba Pada Musim Bunga 2027