in ,

Microsoft Buang Hampir 4,800 Pekerja

Sebermula, apabila sesebuah syarikat sebesar Microsoft mengumumkan pemberhentian hampir 4,800 orang pekerja, ia bukan lagi sekadar berita korporat.

Ia merupakan petanda bahawa industri teknologi sedang memasuki fasa baharu yang menuntut penyesuaian lebih drastik. Kali ini, pengurangan tenaga kerja dilaporkan banyak melibatkan bahagian jualan komersial serta divisyen Xbox.

Arakian, Microsoft menjelaskan bahawa keputusan tersebut bukanlah kerana AI mengambil alih pekerjaan manusia secara langsung.

Sebaliknya, kecerdasan buatan telah mengubah landskap operasi syarikat sehingga struktur organisasi perlu disusun semula agar lebih cekap dan berdaya saing.

Ringkasnya, AI mungkin tidak menggantikan pekerja hari ini, tetapi ia sedang mentakrifkan semula bagaimana sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan.

Lagi artikel di ifon.my  GEEKAY Dinobat Juara Dew Challenge Musim Kedua, Bukti Esukan Malaysia Terus Berkembang

Embuh-embuhan begitu, perhatian ramai sudah tentu tertumpu kepada Xbox. Dianggarkan sekitar 1,600 kakitangan Xbox terkesan dalam gelombang pertama, manakala Microsoft turut dilaporkan merancang mengurangkan sehingga 20% tenaga kerja Xbox menjelang penghujung tahun kewangannya.

Beberapa studio pembangunan permainan juga dikatakan bakal dijual atau ditutup sebagai sebahagian daripada proses penstrukturan semula.

Ironinya, semua ini berlaku hanya beberapa tahun selepas Microsoft membelanjakan berpuluh-puluh bilion dolar untuk memperkukuhkan empayar permainannya.

Kini, syarikat itu menggunakan prerogatif pengurusannya untuk menyusun semula operasi demi memastikan perniagaan kekal mampan. Dalam dunia korporat, keuntungan dan kecekapan operasi merupakan wewenang yang sering mengatasi sentimen.

Kendatipun begitu, perkembangan ini memperlihatkan satu hakikat yang semakin sukar dinafikan. Era syarikat teknologi berlumba-lumba menambah jumlah pekerja semakin berlalu.

Lagi artikel di ifon.my  Penganalisis Menjangka Sebanyak 350 juta unit iPhone Akan Dinaik Taraf Oleh Pengguna

Sebaliknya, tumpuan kini beralih kepada organisasi yang lebih kecil, lebih tangkas dan lebih banyak memanfaatkan automasi serta kecerdasan buatan.

Pawaka perubahan sedang marak membakar industri teknologi global. Microsoft hanyalah salah satu daripada gergasi teknologi yang sedang menyesuaikan haluan dengan realiti baharu ini.

Persoalannya bukan lagi sama ada AI akan mengubah industri, sebaliknya sejauh mana syarikat mampu mengimbangi kecekapan, inovasi dan kebajikan tenaga kerja dalam era yang semakin dipacu oleh kecerdasan buatan.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Dijangka Ulangi Strategi iPhone X Untuk iPhone Ultra

iPhone 18 Pro Dijangka Hadir Dengan Bateri Lebih Besar.