in ,

Switch Mengesahkan Bahawa Mereka Menerima Tuntutan Jaminan Bagi iPhone Set Unlocked

Sebelum ini saya pernah mengeluarkan satu artikel berhubung tuntutan jaminan bagi iPhone (set unlocked) bahawa anda boleh menuntut jaminan tersebut di beberapa wakil servis Apple yang sah.

Memandangkan sebelum ini saya merujuk kepada maklumat di forum. Pagi tadi pihak Switch telah mengesahkan bahawa mereka menerima tuntutan jaminan bagi set unlocked.

Set Unlocked bermaksud iPhone yang boleh digunakan pada mana-mana kad sim tanpa sekatan dari syarikat telekomunikasi. Set Unlocked kebanyakkan akan dinyatakan secara jelas.

Set Locked pula kebanyakanya adalah set yang dikawal syarikat telco yang mahukan anda menggunakan telco mereka sahaja dan menghalang anda menggunakan kad sim dari telco yang lain serta membawanya ke negara luar.

Set Unlocked hakikatnya banyak dijual di Malaysia. Antara set unlocked yang popular adalah dari US, Jepun, Hong Kong dan Singapura.Walaubagaimana, antara isu yang merungsingkan pembeli adalah tuntutan jaminan sekiranya iPhone anda didapati rosak.

Lagi artikel di ifon.my  Acara Apple Special Event juga bakal ditayangkan di Twitter

Apa pun, dengan penjelasan dari pihak Switch saya boleh mengkonklusikan bahawa tiada masalah untuk anda membeli iPhone di mana-mana negara serta tidak perlu takut jika penjual menjual iPhone yang bukan set Malaysia (MY).

Saya belum dapat mengesahkan sama ada wakil servis Apple yang sah lain terutama sekali Machine dan IT WORLD turut menerima tuntutan ini. Namun, besar kemungkinan prosedur operasi standard mereka lebih kurang sama sahaja.

Apa pun, jika iPhone set unlocked anda rosak dan masih ada tempoh jaminan boleh terus ke mana-mana wakil jualan switch yang terdekat.

Jika anda di sekitar lembah klang anda boleh terus ke:

Switch Service Center @ Leisure Mall
L2-51 & 51A,Level 2,
Cheras LeisureMall,
Jalan Manis 6, Taman Segar
56100, Cheras, Kuala Lumpur

Lagi artikel di ifon.my  Prestasi Note 9 Masih Gagal Mengatasi iPhone X

Switch Service Center @ The Mines
L4-09, The Mines Shopping Fair,
Jalan Dulang, Mines Resort City,
Seri Kembangan,
43300, Selangor Darul Ehsan,

Memandangkan saya orang Kelantan, bagi penduduk negeri Kelantan anda boleh menghantarnya ke

Switch Service Center @ Kota Bahru Trade Centre
Lot No. G-15,
GF Kota Bharu Trade Centre,
Jalan Buluh Kubu,
15000 Kota Bharu, Kelantan

Dengan penjelasan ini sedikit sebanyak ia meredakan sedikit persepsi negatif anda pada iPhone yang bukan set dari Malaysia.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Android Kekal Sistem Operasi Paling Popular Di Malaysia

Banteras Sindiket Penipuan Penjualan iPhone Di IG Shop dan Kedai Bukan AAR