in

Video Konsep iPhone XS

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Apple bakal melancarkan model terkini iPhone. Tahun ini boleh dikatakan agak sukar bagi penganalisis menjangkakan apakah perubahan yang berlaku pada iPhone.

Walau bagaimanapun, kita harus berterima kasih kepada Ming-Chin Kuo kerana beliau antara individu yang banyak membongkar maklumat berkenaan dengan produk yang bakal dilancarkan tahun ini.

Seperti diketahui bahawa gambar bagi iPhone XS dan iPhone XS telah tertiris di arena web.

IMG_20180903_024835

Terkini, conceptiPhone telah memuatnaik video konsep bagi iPhone XS dan iPhone XS Plus bagi memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan produk terbaru ini.

Video berdurasi 39 saat ini cukup membuatkan pengguna iPhone tidak sabar untuk menantikan acara kemuncak pada 13 September 2018.

Lagi artikel di ifon.my  Akhirnya iPhone 5 Diisytiharkan Sebagai Produk Vintaj Dan Usang

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Semua tentang iPhone 2018 yang kita tahu setakat ini

Switch Malaysia Masih Mengekalkan Harga Promosi Penukaran Bateri