Minggu lepas saya telah menghantar iPhone XS ke Switch untuk penukaran bateri. Punca utama mengapa saya berbuat demikian kerana peratus kesihatan bateri sudah mencapai 79%. Bateri iPhone secara dasarnya mampu bertahan sehingga 500 kitaran cas lengkap atau 80% daripada keupayaan asal. Apabila kesihatan bateri iPhone berada pada 79% maka digalakkan untuk membuat penukaran bateri.
Setelah iPhone mencapai kitaran cas lengkap. Terdapat simptom yang mungkin berlaku kepada iPhone termasuklah:
1. Terpadam dengan sendirinya
2. Prestasi menurun
3. Jangka hayat bateri turun mendadak
4. Panas secara tiba-tiba
Bagi perkara satu dan dua kita perlu melihat indikator pada bateri sama ada masih baik atau sebaliknya. Seting – Bateri – Kesihatan Bateri. Jika Keupayaan Prestasi Puncak menunjukkan seperti di bawah. Bermakna iPhone anda masih normal.
Sekiranya Keupayaan Prestasi Puncak menunjukkan seperti di bawah. Maka iPhone anda bakal menghadapi masalah seperti yang saya nyatakan di atas. Jika anda nyah-aktif Pengurusan Prestasi, iPhone akan terpadam dengan sendirinya setelah menjalankan tugasan yang kompleks.
Berbalik kepada topik asal, memandangkan bateri saya sudah capai 79%. Sebelum membuat janji temu, saya telah menghubungi beberapa AASP untuk dapatkan status stok bagi bateri iPhone XS.Malangnya semua AASP yang saya hubungi sudah kehabisan stok. Tujuan saya berbuat demikian kerana proses penukaran bateri hanya mengambil masa beberapa jam sahaja sekiranya stok bateri masih ada.
Jika sebaliknya, saya terpaksa meninggalkan iPhone dalam tempoh 7 hingga 11 hari. Tempoh lama ini disebabkan perlu menunggu alat ganti daripada Singapura untuk sampai ke AASP.Sehari sebelum janji temu, saya telah membuat sandaran di iTunes serta iCloud. Kita wajib pulih semula (restore) iPhone untuk memastikan tiada data peribadi tersimpan di dalam sekali gus mengelakkan kecurian maklumat sulit.
Saya juga perlu membuka semua aksesori iPhone termasuklah bekas (case) dan kaca bajaan. Pihak AASP terlebih dahulu akan membuat diagnostik untuk memastikan iPhone berfungsi dengan baik dan tiada kerosakan.Setelah diagnostik selesai dan iPhone tiada kerosakan dan berfungsi dengan baik. Saya perlu membayar sebanyak RM380 untuk kos penukaran bateri. Pihak AASP akan memberikan resit serta dokumen yang mengesahkan penghantaran iPhone.
Setelah menunggu hampir 7 hari, pihak AASP telah menghubungi saya untuk mengambil kembali iPhone. Saya terus ke AASP dan proses penukaran bateri selesai dengan jayanya.
Mengapa saya tukar bateri?
Saya dapati prestasi iPhone menurun walaupun Keupayaan Prestasi Puncak masih normal. Berdasarkan laporan daripada Geekbench sebelum saya membuat penukaran bateri, skor adalah 1116 bagi teras tunggal dan 1658 teras pelbagai.
Selain itu, iPhone saya sering panas walaupun menjalankan tugasan ringan seperti melayari Twitter. Pengurusan memori juga saya lihat sedikit terganggu dan mungkin berkait dengan isu bateri.Setelah penukaran bateri, prestasi iPhone meningkat kepada 1118 bagi teras tunggal dan 2830 teras pelbagai. Walaupun versi iOS berbeza, namun bagi saya dapatan yang diperoleh sangat signifikan.
Kini jangka hayat bateri saya semakin lama, tiada panas melampau serta pengurusan memori juga dalam keadaan baik. Sudah tiga tahun lebih saya menggunakan iPhone ini. Tidak hairanlah mengapa kesihatan bateri iPhone turun sehingga 79%.
Konklusinya, jika kesihatan bateri iPhone turun pada kadaran 79%. Maka digalakkan untuk membuat penukaran bateri di AASP. Saya kurang menggalakkan anda untuk menghantar ke kedai biasa atas faktor keaslian dan polisi Apple.Tiada salahnya untuk terus menggunakan iPhone walaupun bateri sudah capai 79%. Kendatipun begitu, iPhone tersebut mungkin mengalami simptom yang saya nyatakan di atas.
Berikut pautan bagi senarai harga bagi bateri iPhone.
Switch : Klik Di sini
Machine : Klik Di Sini
SEKADAR BERKONGSI