in ,

iPhone X Mempunyai Susut Nilai Yang Terendah Berbanding Model Sebelumnya.

Nampaknya laporan yang dikeluarkan oleh B-Stock telah bercanggah dengan teori yang saya tulis sebelum ini yang menuntaskan bahawa iPhone X mempunyai susut nilai yang tinggi berbanding model sebelumnya.

Berdasarkan laporan B-Stock, iPhone X masih memegang sekitar 85% dari harga asal sekiranya ia dijual kembali sebagai iPhone X terpakai. Ini bermakna harga jualan bagi iPhone X terpakai adalah sekitar USD850 atau sekitar RM4,145.

Selain itu, B-Stock juga menganggarkan iPhone X mampu memegang harga sekitar 75% dari harga asal sekiranya ia dijual secara borong.Antara faktor utama mengapa laporan ini tepat adalah disebabkan permintaan tinggi terhadap iPhone X di pasaran.

Apa pun, secara peribadi saya bersetuju dengan laporan ini berdasarkan landskap Malaysia. Ini dibuktikan dari hasil kaji selidik saya di beberapa laman jualan iPhone terpakai antaranya Mudah.my, caroursell dan Facebook.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Anda Tahu Bahawa Case iPhone Juga Memudaratkan?

Jika dilihat harga bagi iPhone X terpakai masih memegang 75% dari harga asal berbanding iPhone 8 yang memegang sekitar 67% dari harga asal. Walau bagaimanapun, dari segi harga terpakai iPhone X dilihat masih tinggi iaitu dijual sekitar RM3,800 bagi versi 64GB berbanding RM2,500 bagi iPhone 8 64GB.

Jika dilihat secara kasar, rakyat Malaysia lebih gemar membeli telefon pintar terpakai yang mempunyai harga yang lebih rendah.

Konklusinya, harga iPhone terpakai masih berada di tahap yang memuaskan berbanding pesaing mereka. Ini disebabkan permintaan yang masih tinggi terhadap iPhone di kalangan rakyat Malaysia secara khusus.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 11.4 Mengakibatkan Masalah Pada Fungsi Kamera.

Huawei Berjaya Merampas Kedudukan Kedua Dari Apple Bagi Pasaran Telefon Pintar