in

Samsung Mengesahkan Bahawa Bateri Galaxy Note 9 Selamat

Seperti diketahui umum bahawa Samsung telah menghadapi mimpi ngeri akibat kejadian letupan pada Galaxy Note 7 yang memaksa mereka menarik kembali produk ini di pasaran.

Akibat dari rentetan itu, Samsung telah mengambil langkah yang serius dalam memantau tahap kualiti bateri di kilang mereka. 

Terkini, Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Mobile DJ Koh telah membuat kenyataan bahawa  bateri yang hadir pada Galaxy Note 9 adalah selamat digunakan dan telah menjalani ujian yang ketat seperti yang dilakukan pada model sebelumnya.

“The battery in the Galaxy Note 9 is safer than ever. Users do not have to worry about the batteries anymore”

Selain itu juga, Dj Koh menjangkakan jualan Galaxy Note 9 akan melepasi jualan Galaxy Note 8 atas faktor spesifikasi dan kapasiti bateri yang tinggi serta penambahbaikan pada SPen.

“The Galaxy Note 9 boasts the very best performance with the specialized S-pen, as well as the intelligent camera. We hope the sales (of the new device) will outpace the Galaxy Note 8”

Lagi artikel di ifon.my  Pra Tempah Samsung Galaxy Note 9 Telah Mengatasi Samsung Galaxy S9

Galaxy Note 9 mula membuka pra tempah di Malaysia dengan harga bermula RM3,699 bagi storan 64GB dan RM4,599.00 bagi storan 512GB.

SEKADAR PANDANGAN

Sumber :GSM Arena

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Pra Tempah Samsung Galaxy Note 9 512GB (Midnight Black) Habis Ditempah

Mengapa Harga iPhone Mahal Berbanding Samsung?