in ,

Samsung Galaxy Note 9 Habis di Pra Tempah

Dua hari lepas pihak Samsung telah mengeluarkan kenyataan bahawa pra tempah bagi Galaxy Note 9 512GB (Midnight Black) telah habis ditempah. Hari ini pihak Samsung telah membuat pengumuman sekali lagi bahawa semua model Galaxy Note 9 telah habis di pra tempah.

Nampaknya sambutan bagi model Note terbaru dari Samsung ini telah mendapat permintaan tinggi dikalangan pengguna di Malaysia. Antara faktor utama pra tempah ini habis  adalah disebabkan pengguna mengambil peluang dengan cukai 0% serta penawaran jam pintar Gear Sport serta aksesori.

Galaxy Note 9 merupakan kesinambuangan dari Galaxy Note 8, hadir dengan skrin 6.4 inci dengan 1440 x 2960 pixels dan 516ppi serta hadir dengan sokongan Corning Gorilla Glass 5.

Lagi artikel di ifon.my  Acara Apple Special Event juga bakal ditayangkan di Twitter

Untuk pasaran di Malaysia Galaxy Note 9 dikuasakan dengan cip pemprosesan Exynos 9810 Octa, RAM sebesar 8GB bagi storan 512GB an 6GB bagi storan 128GB. 

Bagi pengguna yang tidak berkesempatan untuk menempah model ini, anda boleh membeli dari penjual sah Samsung pada 24 Ogos 2018. Setakat ini saya belum mendapat maklumat berapakah jumlah keseluruhan yang telah di pra tempah.

Saya akan terus mengemaskini laporan terbaharu dari masa ke semasa.

SEKADAR PANDANGAN

Sumber : Samsung Malaysia

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Samsung Galaxy J2 Prime Dinobat Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia

Apple Menyambut Ulang Tahun iMac Kali Ke-20