Sejak akhir-akhir ini ramai pengguna tertipu dengan membeli iPhone terpakai yang asalnya dari syarikat telekomunikasi.
Walaupun ia merupakan set Malaysia (MY SET) , namun kes ini terjadi apabila anda membeli iPhone terpakai di kedai telefon biasa, kawan atau orang luar.
Saya mengakui bahawa amat sukar sekali untuk anda mengenalpasti iPhone tersebut sama ada dari wakil penjual sah Apple (Machine, Switch, IT World) atau dari syarikat telekomunikasi Malaysia.
Secara zahirnya ia sama sahaja. Tiada langsung membeza antara iPhone yang dibeli dari wakil sah Apple atau syarikat telekomunikasi.Akibat dari kelemahan inilah, ramai penjual mengambil kesempatan dengan menjual iPhone panas ini.
Walau bagaimanapun, anda terlebih dahulu perlu memahami maksud sebenar dalam artikel ini. Hakikatnya bukan semua iPhone yang dijual oleh syarikat telekomunikasi mempunyai risiko.
Buat masa ini terdapat beberapa pakej yang ditawarkan antaranya pakej plan bersama dengan iPhone dimana harga iPhone dibayar lebih rendah berbanding harga pasaran.
Pakej Normal
Harga Plan RM98.00 sebulan
Harga iPhone RM 1,748.00 bagi iPhone 8 64GB
Tempoh kontrak 24 bulan
Pakej Bayaran Bulanan
Harga Plan RM98.00 sebulan
Harga iPhone RM120 sebulan
Tempoh Kontrak 24 bulan
Apa yang membezakan kedua-dua plan ini adalah pakej normal anda telah membayar plan beserta iPhone, manakala pakej bayaran bulanan anda perlu membayar secara bulanan bagi plan dan iPhone dalam tempoh 24 bulan barulah iPhone tersebut milik anda.
Modus operandi mereka cukup mudah . Iaitu menggunakan kad pengenalan orang lain atau membayar wang kepada keldai untuk melanggan pakej zarolution/new phone dari CELCOM atau Maxis.
Setelah membeli iPhone dengan bayaran permulaan kurang RM300 dari syarikat telekomunikasi dan upah sekitar RM500 kepada keldai.Penjual tersebut terus menjual iPhone tersebut kepada kedai atau orang kedua iaitu anda dengan harga yang rendah dari pasaran.
Secara kebiasaan untuk tempoh 5 bulan kebawah, besar kemungkinan anda masih boleh menggunakan iPhone ini.Namun, selepas 6 bulan iPhone anda akan mengalami sekatan selular yang mengakibatkan anda tidak boleh menggunakan iPhone tersebut.
Anda mungkin beranggapan bahawa ia disebabkan oleh masalah iPhone. Namun, hakikatnya pihak telekomunikasi telah menyekat iPhone anda memandangkan penjual sebelum ini tidak membayar bil bulanan.
Kes ini hakikatnya telah berleluasa dan sudah menjadi tred dikalangan penipu.Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini saya mencadangkan satu mekanisme untuk memastikan anda tidak ditipu semasa membeli iPhone terpakai.
Bagi pengguna yang ingin membeli iPhone terpakai. Sebelum membeli anda dapatkan nombor imei iPhone tersebut dan terus menyemak di SINI
Sekiranya maklumat tersebut tertulis Celcom/Maxis saya kurang menggalakkan anda untuk membeli iPhone tersebut.Namun, jika ia tertulis Machine Malaysia, Switch atau wakil penjual sah yang lain. Anda boleh membelinya.
Walau bagaimanapun, saya tidak boleh mengesahkan pautan tersebut mempamerkan maklumat yang tepat. Dan saya juga tidak bertanggungjawab berhubung tahap keselamatan web tersebut.
Namun, itu sahaja cara yang boleh anda lakukan. Kecuali anda bawa iPhone tersebut ke wakil penjual sah Apple untuk semakan.Saya tidak pasti sama ada perkhidmatan tersebut berbayar atau percuma.
PENAFIAN: Bagi website di atas anda mungkin mendapat beberapa informasi yg tidak tepat. Namun, bagi status pemilik asal iPhone ia mungkin tepat.
SEKADAR PANDANGAN