in , ,

Lelaki ini berjaya pasang wireless charging di iPhone 7

Umum mengetahui fungsi wireless charging hanya dipasang di iPhone 8 dan ke atas. Namun Scotty Allen, seorang Youtuber dan penggodam teknikal iPhone telah berjaya pasang wireless charging di iPhone 7 miliknya.

Scotty Allen yang pada masa kini sedang menetap di Shenzen telah merakam proses yang dilalui olehnya untuk memasang wireless charging tersebut. Ia boleh ditonton di channel Youtube beliau. Menurut beliau, beliau telah dicabar berkali-kali oleh peminatnya untuk memasang wireless charging di iPhone yang tidak menyokong fungsi tersebut.

Allen terkenal sebelum ini apabila telah melakukan projek-projek berkaitan iPhone sebelum ini seperti video beliau menambah bicu audio di iPhone 7 dan juga menambah logo Apple berlampu. Video beliau menarik perhatian penonton kerana sikap beliau yang optimis dalam mencuba projek-projek yang sebelum ini tampak mustahil untuk dilakukan.

Allen menambah bicu audio di iPhone 7
Allen menambah bicu audio di iPhone 7

Untuk projek ini, Allen menggunakan banyak unit iPhone untuk memahami reka bentuk elektronik dan proses trial & error. Beliau tidak menyatakan berapa iPhone yang telah rosak sepanjang projek tersebut, namun video 40 minit yang ditunjukkan oleh beliau sangat menarik untuk di tonton.

Lagi artikel di ifon.my  Acara Pelancaran iPhone 4S

Jailbreak dan Isu Keselamatan

Kontrovesi Terbesar Dalam Sejarah Apple