in ,

Apple Menarik Kembali Kemaskini iOS 12 BETA 7

Semalam saya ada mengeluarkan satu berita di mana seorang editor dari 9to5mac telah mengadu bahawa iPhone beliau menjadi perlahan akibat dari pengemaskinian baru ini. Jika anda belum membacanya boleh klik ke pautan INI.

Akibat dari aduan tersebut, pihak Apple secara rasmi telah menutup seketika kemaskini iOS BETA 7 secara Over-The-Air (OTA) bagi memberi masa kepada mereka untuk membuat siasatan. 

Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh mengemaskini iOS 12 BETA 7 memandangkan Apple tidak menutup file IPSW. 

Oleh yang demikian, mana-mana pengguna yang belum mengemaskini iOS 12 BETA 7, anda dinasihatkan untuk menangguhkan seketika dan sekiranya anda telah mengemaskini ke versi tersebut anda boleh kembali ke versi iOS 11.4.1. 

Lagi artikel di ifon.my  Apple Melepaskan iOS 12 BETA 8 Kepada Pembangun Perisian

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Kontroversi Apple Menyembunyikan Rahsia Mengurangkan Prestasi iPhone

Berhati-hati Membeli iPhone 7/7Plus 8/8 Plus / X Terpakai