in , ,

iOS 12 BETA 7 Dilaporkan Menyebabkan iPhone Menjadi Perlahan

Kurang beberapa jam iOS 12 BETA 7 dilepaskan kepada Pembangun Perisian. Satu aduan telah dilaporkan bahawa iOS 12 BETA 7 menyebabkan iPhone menjadi perlahan. 

Aduan ini dilaporkan oleh seorang editor dari laman web Apple paling popular 9to5mac. Berikut merupakan aduan di laman Twitter peribadi beliau. 

Setakat ini saya masih belum mendapatkan maklum balas dari pengguna di Malaysia adakah mereka turut mengalami masalah yang sama atau ia hanya kes terpencil sahaja. 

Namun berdasarkan aduan yang dibuat oleh beliau yang menjangkakan bahawa iOS 12 BETA 7 akan ditarik balik oleh Apple. Besar kemungkinan ia merupakan satu kes yang agak kritikal. 

Saya akan menunggu kenyataan rasmi dari Apple serta aduan dari beberapa pengguna iOS yang lain. 

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12.1 Sedia Untuk Dikemaskini Bermula 31 Oktober 2018

SEKADAR PANDANGAN

Sumber: Zac Hall

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 12 BETA 7 Telah Sedia Untuk Dikemaskini

Kontroversi Apple Menyembunyikan Rahsia Mengurangkan Prestasi iPhone