in ,

iOS 12 BETA 7 Telah Sedia Untuk Dikemaskini

Nampaknya versi Gold Master (GM) semakin hampir memandangkan hari ini Apple telah melepaskan iOS 12 BETA 7 kepada Pembangun Perisian. 

iOS 12 pertama kali dilancarkan semasa World Wide Developer Conference yang berlangsung pada bulan Jun yang lalu dimana sistem operasi baru ini memfokuskan kepada kestabilan serta meningkatkan prestasi pada iPhone model terdahulu. 

Walau bagaimanapun, terdapat satu berita yang kurang baik apabila Apple berkemungkinan akan menangguh seketika Group FaceTime. Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Apple. 

Group FaceTime has been removed from the initial release of iOS 12 and will ship in a future software update later this fall.

iOS 12 bakal dilepaskan secara rasmi sekitar pertengahan atau penghujung September ini pada model iPhone berikut:

  • Phone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone 6
  • iPhone 6 Plus
  • iPhone SE
  • iPhone 5s
Lagi artikel di ifon.my  Apple Melepaskan iOS 12 Public BETA 6 Kepada Pengguna

Bagi iOS 12 Public Beta pula, kemaskini ini besar kemungkinan akan dilepaskan dalam tempoh 24 jam. Oleh yang demikian, pengguna yang mendaftar dalam Public Beta boleh bersedia untuk menerima kemaskini baru ini. 

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple AirPower Bakal Dijual Pada Penghujung September ini.

iOS 12 BETA 7 Dilaporkan Menyebabkan iPhone Menjadi Perlahan