Sebut sahaja iPhone tentu sekali sebilangan di antara kita merasakan bahawa telefon pintar tersebut antara yang termewah dalam kelasnya.
Jika dilihat dari segi harga jualan iPhone, agak sukar untuk anda mendapatkan model keluaran terbaharu dengan harga kurang dari RM2,000.00.
Sejak Ringgit Malaysia mengalami penyusutan yang amat ketara. Harga jualan iPhone dilihat meningkat tinggi hinggakan dijual pada tanda harga RM3,442.00 untuk storan 32GB.
Walaupun harga jualan iPhone dilihat meningkat tinggi, rakyat Malaysia khususnya peminat iPhone masih sanggup untuk membeli peranti ini walaupun ia dijual pada harga yang sangat premium.
Saya tidak nafikan peranti iPhone mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding peranti lain. Namun, sejak beberapa tahun ini pasaran iPhone terpakai dilihat semakin membimbangkan lebih-lebih lagi iPhone model terkini.
Walaupun harga jualan iPhone terpakai masih tinggi berbanding peranti Android, BBOS dan Windows. Namun, jika dilihat secara kasar, tahap susut nilai bagi sebuah iPhone dilihat semakin tinggi berbanding sebelum ini.
Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, harga jualan bagi beberapa peranti seperti iPhone 4, iPhone 4S dan iPhone 5 masih tinggi.Namun dengan kebanjiran iPhone set luar negara dan refurbish menyebabkan pasaran iPhone terpakai menerima tempias yang sangat ketara.
Jika dahulu susut nilai bagi iPhone 4 boleh dianggarkan sekitar 36% setahun, namun kini susut nilai bagi iPhone 6S telah naik sebanyak 56% iaitu peningkatan 20% dari sebelumnya.
Ini dapat dibuktikan dimana iPhone 7 32GB , berdasarkan semakan rambang harga bagi model ini telah dijual sekitar RM1,400.00 atau sekitar 44% dalam tempoh 1 tahun 9 bulan.
Selain iPhone, Apple Watch juga turut menerima tempias penyusutan harga jualan terpakai akibat dari permintaan yang lemah.
Apa pun, saya boleh berikan sedikit “kredit” kepada iPhone 5S dimana harga jualan masih berlegar sekitar RM400 – RM850.Kerana itulah, saya pernah menobatkan iPhone 5S antara peranti iPhone terbaik sepanjang zaman.
Apa pun, dengan penyusutan harga jualan iPhone terpakai ini, ia memberi sedikit tamparan kepada pemilik iPhone supaya berhati-hati untuk memilih model iPhone.
Jika dulu, terdapat sesetengah pengguna iPhone menjual peranti mereka dengan harga tinggi untuk dapatkan model baharu, nampaknya pada hari ini ia memberi sedikit kesan yang ketara untuk anda menukar iPhone setiap tahun.
Hakikatnya, iPhone yang anda beli bukanlah peranti yang sempurna. Memandangkan beberapa fungsi yang terbina antaranya Apple Pay dan Aplikasi TV masih belum sampai di Malaysia.
Secara peribadi saya boleh istilahkan sebagai peranti yang tidak cukup sifat. Jika dilihat Samsung Pay yang lewat diperkenalkan oleh Samsung sudah berada di Malaysia.
Secara tinjauan rambang saya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur Samsung Pay nampaknya semakin berkembang mengatasi Apple Pay yang sesat entah kemana.
Apa pun, jika dilihat dari segi harga jualan telefon pintar terpakai, iPhone masih mendominasi berbanding telefon pintar yang ada di pasaran.Tidak hairanlah terdapat sesetengah pengguna mengangap membeli iPhone sebagai salah satu pelaburan yang menguntungkan.
SEKADAR PANDANGAN