in ,

Pra Tempah iPhone Xs Kurang Mendapat Sambutan?

Seperti diketahui bahawa Apple telah membuka pra tempah bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max dan Apple Watch Siri 4.

Hari ini penganalisis terkenal Apple Ming-Chin Kuo telah melaporkan kepada MacRumors berhubung sambutan terhadap ketiga-tiga model ini.

Berdasarkan laporan tersebut, Ming-Chin Kuo telah meramalkan sambutan pra tempah bagi iPhone Xs diluar jangkaan memandangkan pengguna cenderung memilih iPhone Xs Max atau menunggu pra tempah bagi iPhone Xr.

Berdasarkan laporan itu juga, Ming-Chin Kuo percaya bahawa jualan bagi iPhone Xs hanya menguasai 10% hingga 15% turun 15% hingga 20% seperti yang dijangkakan.

dims

Ming-Chin Kuo juga menambah bahawa prestasi jualan bagi iPhone Xs Max mencapai sasaran disebabkan strategi Apple meningkatkan harga jualan bagi model ini.

There is strong Chinese demand thanks to the gold casing, dual-SIM, and large display. The XS Max average shipping time is shorter than the 2H17 iPhone X (1–2 weeks vs. 2–3 weeks), which we think is due to supply improvements. We maintain our forecasts that the XS Max will account for 25–30% of 2H18 new iPhone model shipments.

Bagi pra tempah iPhone Xr, Ming-Chin Kuo meramalkan jualan akan positif disebabkan oleh harga yang rendah serta sokongan Dwi-SIM yang dikhususkan di China.

Lagi artikel di ifon.my  Kapasiti RAM Pada iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr Diperlihatkan

apple_watch_series_4_release_date_specs_price_1600home

Bagi jualan Apple Watch Siri 4, Ming-Chin Kuo melaporkan bahawa sambutan terhadap model terbaharu ini sangat memberangsangkan dan melebihi daripada jangkaan.

Hal ini disebabkan oleh inovasi baharu dari Apple termasuklah sokongan electrocardiography (ECG). Ming-Chin Kuo meramalkan jualan bagi model ini adalah sekitar 18 juta unit untuk tahun 2018.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Samsung Hilang Hak Sebagai Pembekal Tunggal Bagi Skrin OLED

Samsung Galaxy Note 9 Terbakar Dalam Beg Tangan Wanita