in , , ,

Adakah Kabel Pengecasan iPhone Anda Mempunyai Pengesahan MFi?

Sejak akhir-akhir ini, saya telah menerima banyak pertanyaan berhubung status kabel iPhone mereka sama ada ia benar-benar mempunyai pengesahan “Made for iPhone/iPod/iPad” atau bahasa singkatanya MFi.

Saya akui bahawa kabel asli Apple sangat tidak berkualiti memandangkan ia mudah mereput. Saya juga penah mengalami masalah ini dan terpaksa membeli kabel baharu yang harga RM83.00.

Namun mungkin sesetengah pengguna kurang memahami apa maksud MFi? 

MFi atau nama sebenarnya Made for iPhone/iPod/iPad merupakan satu bentuk pengesahan dari Apple bahawa kabel yang digunakan selain kabel asli dari iPhone adalah selamat untuk digunakan. 

Bagi mendapatkan status MFi pihak ketiga perlu menyerahkan pelan,reka bentuk dan pembungkusan kepada Apple di mana ia boleh dikatakan proses yang agak kompleks sebelum ia diluluskan. 

Kabel yang mempunyai pengesahan MFi, akan terbinanya satu cip di dalam kabel tersebut di mana ia menjamin tahap keselamatan iPhone anda.

Lagi artikel di ifon.my  59% Atau 10,077 Responden Memilih iPhone 11 Berbanding iPhone XS Untuk Naik Taraf iPhone Baharu

Penggunaan kabel yang tidak mempunyai pengesahan MFi akan menyebabkan iPhone anda panas semasa dicas serta boleh memudaratkan iPhone.

Berikut merupakan logo MFi baru yang dikeluarkan oleh pihak Apple.

Untuk makluman, logo MFi ini hanya hadir pada kabel iPhone yang dihasilkan oleh pihak ketiga sahaja. Bermakna kabel yang anda beli di Wakil Penjual Sah Apple seperti Machines, Switch dan sebagainya pada harga RM83.00 tidak memerlukan logo tersebut.

Contoh kabel asli dari Apple seperti gambar di bawah. 

Ihsan Laman Jualan Apple Malaysia

Saya akui, mungkin dikalangan anda ada membeli kabel seumpama ini di beberapa laman jualan atas talian serta kedai yang tidak disahkan oleh Apple. 

Persoalnya disini, adakah kabel yang anda beli benar-benar selamat? Berdasarkan tinjauan saya di beberapa kedai aksesori telefon, anda boleh mendapatkan kabel pengecasahan iPhone seperti ini hanya sekitar RM5.00 hingga RM35.00 sahaja.

Lagi artikel di ifon.my  Tim Cook: Sebanyak 11 juta Bateri Telah Ditukar Sepanjang Program Penggantian Bateri iPhone

Namun adakah anda pasti itu kabel asli dari Apple? Atau anda telah menjadi mangsa penipuan? Memang saya tidak nafikan terdapat beberapa penjual akan menguji pada satu alat yang mengesan keaslian kabel tersebut. 

Untuk makluman, saya telah berhubung dengan pihak Apple di Singapura dan mereka menolak bahawa alat tersebut datang daripada mereka. 

Oleh itu, jika anda kurang berkemampuan adalah digalakkan untuk anda membeli kabel yang mempunyai MFi sahaja memandangkan harga yang lebih murah dan berkualiti. 

Bagi memastikan anda tidak ditipu. anda boleh menyemak status kabel iPhone yang mempunyai MFi anda pada pautan DISINI

Melalui pautan ini, anda boleh menyemak sama ada kabel anda mempunyai pengesahan dari Apple atau sebaliknya.

Jadilah pengguna yang bijak yang cakna dalam segala perkara. Kadang-kadang isu remeh inilah akan menambahkan beban anda di kemudian hari.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Adakah Anda Tahu Bahawa Case iPhone Juga Memudaratkan?

Samsung Galaxy J2 Prime Dinobat Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia