Sekiranya anda peminat Apple sudah tentu anda sering menonton Acara Khas Apple dan World Wide Developer Conference.
Disebalik acara tersebut sudah tentu anda pernah melihat nama John Appleseed yang sering digunakan semasa acara tersebut berlangsung.
Persoalanya, siapakah beliau? Mengapa Apple sering menggunakan nama tersebut? disini saya cuba rumuskan secara ringkas berkenaan timbulnya nama tersebut.
John Chapman atau lebih dikenali sebagai Johnny Appleseed, merupakan perintis kepada penanaman pokok Apple secara besar besaran di Indiana, Pennsylvania, Illinois dan Ohio.
Nama beliau menjadi bualan di seluruh Amarika kerana sifat beliau yang pemurah dan sangat menitiik berat berkenaan dengan penanaman pokok epal sehinggakan beliau telah menjadi simbolik di kalangan rakyat di Amarika.
Nama John Appleseed telah diperkenalkan oleh Mike Markkula sebagai alias dalam menerbitkan perisian bagi Apple II. Dari rentetan itulah nama beliau sering digunakan dalam setiap acara dan majlis rasmi Apple .
Oleh yang demikian, begitu besarlah pengaruh Mike Markkula dalam Apple sehingga ke hari ini.