in ,

Pra Tempah iPhone 2018 Dijangka Pada 15 September 2018

Seperti diketahui bulan September merupakan bulan yang sering menjadi medan bagi acara pelancaran iPhone.

Memetik sumber dari Macerkopf yang merupakan penyedia perkhidmatan dari Jerman. Pra tempah bagi iPhone 2018 dijangka bermula 15 September 2018 (waktu Malaysia).

2018-i_Phone-_X
iPhone 2018

Secara kebiasaannya Apple sering mengadakan Acara Khas Apple sekitar minggu kedua pada bulan tersebut. Besar kemungkinan Apple bakal melancarkan iPhone sekitar 13 September waktu tempatan.

Setakat ini pra tempah bagi iPhone 2018 hanya melibatkan beberapa buah negara sahaja.

Saya menjangkakan iPhone 2018 akan hadir ke Malaysia sekitar Oktober atau November ini.

iPhone 2018 akan hadir dengan tiga jenis model iaitu iPhone 6.1 inci, iPhone 5.8 dan iPhone 6.5inci. Di mana iPhone 6.1 inci akan menggunakan LCD dan akan dijual sekitar RM3,442.00.

Lagi artikel di ifon.my  Kapasiti RAM Pada iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr Diperlihatkan

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Pra Tempah Samsung Galaxy Note 9 Telah Mengatasi Samsung Galaxy S9

Mengapa iPhone X Tidak Patut Dibeli Pada Ketika Ini.