Jika anda pernah membaca kontrovesi hangat berhubung kehilangan prototype iPhone 4 yang menjadikan ia antara maklumat paling besar tertiris sejak iPhone dibangunkan.
iPhone 4 merupakan model generasi ke-4 dan merupakan telefon pintar pertama dalam kelasnya menggunakan teknologi Retina Display.
Kontrovesi ini berlaku pada 21 April 2010 yang merupakan kes berprofil tinggi dimana ia secara jelas menunjukkan model iPhone 4 yang bakal dilancarkan kelak.
iPhone yang masih berstatus prototype ini dibeli oleh Gizmodo dengan harga sekitar RM22,000 dari seorang pekerja Bar dimana beliau telah mengambil iPhone tersebut dari seorang pekerja Apple bernama Gray Powell.
Umum mengetahui bahawa semasa era Steve Jobs, pelapor agak susah untuk mendapat maklumat berhubung iPhone generasi akan datang memandangkan ia dikawal ketat.
Walaubagaimanapun, maklumat berhubung iPhone semakin mudah diperolehi sejak pembangunan iPhone 5.
SEKADAR PANDANGAN