in ,

Jailbreak dan Isu Keselamatan

Umum mengetahui bahawa Jailbreak merupakan satu perkara yang amat di minati dikalangan pengguna lebih-lebih lagi golongan remaja.

Bagi yang belum jailbreak peranti iOS anda, adalah digalakkan untuk membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum anda membenarkan peranti iOS anda dibebaskan dimana membolehkan aplikasi pihak ketiga dipasang ke peranti tanpa sebarang sekatan.

Oleh itu, jika anda ingin jailbreak iPhone, iPad, iPod anda perlu memastikan segala perkara sulit seperti butiran bank dan maklumat kata laluan anda disimpan di platform yang lain.

Setakat ini belum ada kes yang boleh boleh diketegorikan sebagai sangat serius direkodkan. Walaubagaimanapun ia bukanlah menjamin bahawa Jailbreak itu selamat.

Anda sepatutnya tidak boleh memandang perkara ini sebagai isu biasa kerana pada masa kini pelbagai kaedah yang dibuat oleh penggodam untuk mendapatkan maklumat sulit kita.

Jika anda hanya mempunyai sebuah sahaja peranti iOS, dan anda sering membuat pemindahan wang menggunakan pelayar safari, aplikasi perbankan atau pelayar pihak ketiga. Adalah digalakkan anda berfikir lebih dari 10 kali sebelum anda jailbreak peranti anda.

Saya bukanlah anti jailbreak, namun sebelum anda buat sesuatu dikuar tabii asal iOS lebih baik bersedia sebelum apa-apa yang terjadi kelak.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Dihentikan Jualan

Di zaman yang serba moden ini, pelbagai cara penggodam akan guna untuk mendapatkan maklumat anda. Tentu anda mengangap bahawa data anda tidak terlalu penting, jawapan yang selalu keluar adalah duit dalam akaun bank anda hanya berapa ringgit sahaja.

Apa perlu ingat, mungkin hari ini anda papa kedana pada masa hadapan anda tidak boleh meramalkan apa yang berlaku. Penggodaman bukan hanya tertumpu pada akaun bank semata-mata, ia termasuklah kata laluan emel, dan lain-lain.

Kita janganlah terlalu taksub dengan jailbreak dengan mengangap bahawa Jailbreak itu selamat. Jika ia selamat sudah tentu Apple menghalalkanya.

Sekiranya anda gemar menggunakan TutuApps atau aplikasi yang dipasang bukan melalui AppStore. Anda juga harus cakna berhubung isu keselamatan pada peranti pintar anda.

Walaupun traksaksi menggunakan Debit Kad dan Kredit kad dikawal menggunakan “transaction authorisation code” (TAC) atau OTP. Anda perlu memahami, jika transaksi berlaku di luar negara kebanyakanya tidak memerlukanya.

Lagi artikel di ifon.my  Mengapa iPhone X Tidak Patut Dibeli Pada Ketika Ini.

Anda juga perlu menjadi warga prihatin dengan menyemak sejarah transaksi bagi akaun bank dan kad debit setiap hari bagi mengelak wang anda dicuri walaupun nilai hanyalah sekecil RM0.10

Hakikatnya kecurian maklumat peribadi anda bukan hanya tertumpu kepada jailbreak semata-mata. Anda perlu memastikan laman web yang anda layari adalah sah dari segi undang-undang berkaitan pembelian atas talian.

Kita sebagai pengguna tidak boleh memandang rendah berhubung isu ini. Semaklah akaun bank anda setiap masa. Bagi pengguna kad debit dan kredit, adalah digalakkan untuk meminimakan had kredit anda bagi mengelakkan masalah ini berlaku.

Persoalanya, adakah kes ini pernah berlaku? Jawapanya adalah YA, kes ini pernah berlaku dan ia bukanlah kes terpencil. Ia sudah menjadi kes besar mengakibatkan Bank Negara terpaksa mengarahkan semua Bank di Malaysia menyahaktifkan semua Kad Debit. Oleh sebab itulah anda terpaksa menghubungi bank untuk pengaktifan perkhidmatan atas talian.

Tuntasnya, jailbreak tidak menjadi kesalahan. Namun, simpan maklumat anda di platform lain agar memastikan anda bukan salah seorang yang dipantau oleh penggodam.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Gambar Case iPad Pro 2018 Tertiris

Lelaki ini berjaya pasang wireless charging di iPhone 7