Umum mengetahui sejak akhir-akhir ini kita telah dibanjiri dengan kebocoran maklumat berhubung Google Pixel 3 XL. Sejak dari itu, satu hipotesis telah berlegar di setiap penganalisis adakah Google hanya melancarkan satu model sahaja.
Terkini, beberapa keping gambar telah tersebar di arena web menunjukkan ia merupakan sebuah Google Pixel 3.
Gambar Sisi
Gambar Belakang
Gambar hadapan
Berdasarkan gambar yang tertiris ini jelas menunjukkan bahawa model Google Pixel ini tidak mempunyai sebarang notch.
Kapasiti bateri
Berdasarkan paparan pada tetapan ini, Google Pixel 3 hadir dengan kapasiti sebanyak 2915mAh. Selain itu ia juga turut hadir dengan skrin bersaiz 5.5 inci dengan paparan resolusi 2160×1080.
Paparan Skrin
Dari segi kualiti pengimejan Google Pixel 3 hadir dengan 8 megapiksel kamera bagi kamera belakang dengan apertures f/1.8 dan f/2.2.
Bagi kamera hadapan pula ia hadir dengan 8 megapiksel dengan aperture f/1.8.
Selain itu, Google Pixel 3 juga akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845, GPU 630 serta hadir dengan RAM sebesar 4GB.
Dengan tertiris maklumat ini maka lengkaplah kedua-dua model pixel phone yang akan dilancarkan pada 10 Oktober 2018.
SEKADAR PANDANGAN
Sumber:9to5Google